Ringgit Jatuh, Harga Kereta Import Mungkin Meningkat?



Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Datuk Aishah Ahmad berkata, kebanyakan syarikat kenderaan masih membayar cukai dalam dolar AS bagi kereta yang dibawa masuk ke negara ini dan menanggung segala kos operasi untuk kemudahan pelanggan.

Sehubungan itu katanya, syarikat pengeluar ken­deraan mungkin akan meningkatkan harga kereta untuk mengekalkan keuntungan mereka.

“Perkara ini adalah di luar kawalan MAA, nilai mata wang ringgit yang lemah memberi impak kepada pemain-pemain industri,” katanya pada majlis pengumuman TIV 2014, di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan harga kenderaan akan turun selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) April ini, Aishah berkata, perkara itu masih lagi kurang jelas.

“Masih terdapat beberapa isu seperti stok kende­raan lama, cukai jualan, jaminan serta alat ganti dan sebagainya dan kami masih lagi menunggu jawapan daripada pihak kerajaan,” jelasnya.

Aishah berkata, ahli-ahli MAA akan terus memastikan sebarang penjimatan daripada GST akan diberikan kepada pelanggan.

Bagi tahun 2015, MAA mengunjurkan peningkatan dua peratus bagi jualan keseluruhan industri (TIV) iaitu sebanyak 680,000 buah.

Katanya, unjuran itu dipacu oleh keyakinan pengguna yang bertambah selepas pelaksanaan GST.

sumber - utusan
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger