Proton Umum Bantuan Tambahan Untuk Pelanggan Yang Terlibat Banjir


PROTON Holdings Berhad (Proton) ingin memaklumkan kepada pelanggannya bahawa Bank Muamalat Malaysia Bhd, AmBank (M) Bhd dan Malayan Banking Bhd (Maybank) telah menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran ansuran pinjaman sehingga enam bulan untuk pelanggan kereta Proton yang terjejas akibat banjir.

Ketiga-tiga institusi perbankan itu turut mengecualikan caj-caj tertentu berkaitan pembayaran lewat atau caj penalti untuk sekali sahaja. Makluman ini adalah selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Bank Muamalat, AmBank dan Maybank baru- baru ini.

Berikutan tawaran moratorium berkenaan, pemilik kereta Proton serta keluarga yang terjejas kini boleh menarik nafas lega kerana dapat memberi perhatian untuk membaik pulih semula kediaman yang rosak.

Justeru, pelanggan yang terjejas perlu terus menghubungi bank masing-masing dan menghantar permohonan mereka secepat mungkin. Ini supaya bank-bank berkenaan dapat dimaklumkan mengenai keadaan mereka dan tidak mengenakan apa-apa penalti jika terdapat sebarang pembayaran lewat.

Maklumat lanjut mengenai misi bantuan banjir ini boleh didapati menerusi laman facebook PROTON Holdings Berhad www.facebook.com/ProtonCars.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger