Proton Exora Bold 2015 Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi!


Proton bakal melancarkan Exora Bold yang dikemaskini atau kata mudahnya 'minor change' kali ke-2 (MC2). Beberapa ciri telah dinaiktaraf pada Exora Bold ini antaranya lampu pada bumper belakang seperti Suprima S, Day Running Light DRL dengan kemasan krom yang menggantikan foglamp, rim aloi rekaan baru, lampu belakang dengan rekaan LED seperti huruf C.

Turut diperkenalkan adalah dua warna baharu iaitu luxury blue dan indiana grey, kemasan kit bahagian tepi. Bahagian dalam juga mendapat sentuhan baru terutama bahagian paparan konsol tengah, tombol gear, steering juga rekaan baru panel meter yang lebih menarik.

Beberapa ciri lain adalah Exora kini dilengkapi 4 airbag, ESC dan reverse camera bagi semua varian. Dijangkakan mungkin terdapat beberapa varian iaitu Standard manual, Standard auto, Executive CVT, Premium CVT, Super Premium CVT berharga dari RM62K hingga RM88K. 

Kelihatan dua unit Exora MC2 ini sudah kelihatan di Pusat Jualan Proton, namun pelancaran model ini masih belum diumumkan secara rasmi. Exora mula diperkenalkan tujuh tahun yang lalu iaitu pada tahun 2008 dan ia adalah antara kenderaan Proton yang mendapat sambutan.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ










 
 



sumber gambar : autofreaks.com
FB EOCM 
Share this article :

+ comments + 9 comments

Tanpa Nama
29 Januari 2015 2:14 PTG

reverse camera dh jadi standrd bg semua varian?

Tanpa Nama
29 Januari 2015 2:16 PTG

ikut spec exo australia. 4 airbag, lampu bumper belakang.

Tanpa Nama
29 Januari 2015 2:29 PTG

bukan itu warna inspira 2.0 LE ke?

Tanpa Nama
29 Januari 2015 2:45 PTG

kerusi tengah boleh adjust mcm exora australia tak?

Tanpa Nama
29 Januari 2015 4:49 PTG

terbaik. proton makin hebat.

30 Januari 2015 11:52 PG

mna nk tgk spec..

Tanpa Nama
30 Januari 2015 3:07 PTG

semua guna campro turbo ke?

Tanpa Nama
31 Januari 2015 11:20 PTG

Kalau ada conventional auto gearbox, itu perkembangan yg baik. Tak semua orang suka cvt. Conventional auto gearbox patut juga diperkenalkan pada preve dan iriz.

Tanpa Nama
1 Februari 2015 9:48 PTG

Harga pls

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger