Perodua Myvi Facelift 2015 Akan Dilancarkan Pada 15 Januari 2015


Perodua membuka tempahan untuk model  Myvi baharunya, yang akan dilancarkan pada 15 Januari 2015 ini. Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata kereta berkenaan menawarkan tahap keselamatan yang lebih tinggi. Ia berkata ciri-ciri baharu keselamatan itu memperoleh penarafan empat bintang menerusi Program Penilaian Kereta Baharu Asean.

Myvi kini merupakan model Perodua yang paling berjaya dan menjadi kereta terlaris di Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut. Didatangkan dalam dua warna, Electric Blue dan Cosmic Gold. Ia adalah tambahan warna popular model itu yang sedia ada iaitu  Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White.

Perodua Myvi baharu akan ditawarkan pada harga bermula dari RM41,500.00 sehingga RM58,900.00, berbanding harga Myvi terdahulu yang bermula dari RM41,936.45 (Myvi XT GX1) yang kemudiannya meningkat ke RM61,740.50 untuk varian teratas (Myvi Extreme 1.5L).

Empat varian akan ditawarkan untuk Myvi 2015, iaitu varian permulaan Standard G, dan kemudiannya ialah varian Premium X (1,300cc). Dua lagi varian ialah SE dan Advance, kedua-duanya dilengkapi enjin 1,500cc.





Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
7 Januari 2015 5:48 PTG

Torbaek!!!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger