Perbandingan : Proton Iriz dan Perodua Myvi 2015


Perodua Myvi 2015 telah pun dilancarkan secara rasmi pada 15 Januari 2015 yang lalu oleh Datuk Aminar Rashid Salleh, CEO Perodua. Model Perodua Myvi 2015 mengekalkan ciri-ciri asal Myvi sebelum ini dengan penambahbaikan dari segi keselamatan dan aksesori serta berwajah baru. 

Beberapa bulan yang lepas,Proton telah melancarkan varian terbarunya iaitu Proton Iriz 2014 yang bertujuan untuk bersaing dengan Myvi dalam segmen B. Dengan pengenalan model Iriz pada tahun lepas, ramai yang teruja dengan kelebihan kereta tersebut yang datang dengan transmisi CVT dan juga ciri-ciri keselamatan yang sangat hebat. 

Sebagai pembeli, apakah perbandingan mengenai kedua-dua model ini? jom kita lihat.


Myvi 2015 masih mengekalkan enjin 1.3 K3-VE dan 1.5 3SZ-VE sejak ia mula diperkenalkan, manakala Iriz menggunakan enjin Campro VVT. Dikatakan enjin ini dibina untuk menyokong hybrid dan electric powertrains dimasa akan datang.

Transmisi yang digunakan bagi manual adalah sama bagi kedua-dua model ini yang menggunakan transmisi manual 5-kelajuan. Bagi transmisi automatik, Myvi masih mengekalkan penggunaan transmisi automatik 4-kelajuan yang asal manakala Proton Iriz dengan transmisi automatik CVT.


Bahagian dalaman, Myvi masih lagi dikekalkan seperti model sebelum ini cuma ada sedikit perubahan dari segi infotainment, beg udara yang dipasang berasingan dengan dashboard, instrumen kluster yang berbeza dan ditambah beberapa lagi aksesori. Iriz pula kelihatan lebih unik dan lebih moden. Tidak banyak aksesori yang diberikan tetapi cukup memadai bagi kereta mampu milik dan segala keperluan asas sebuah kereta masih dikekalkan.


Dari segi harga OTR, Myvi 2015 lebih murah berbanding Iriz. Namun apakah pilihan anda jika faktor jenama, gaya rekaan, enjin, teknologi, ciri keselamatan, aksesori dan harga diambil kira? tepuk dada tanya hati.




sumber gambar : paultan.org
sumber dipetik : arenakereta
Share this article :

+ comments + 7 comments

Tanpa Nama
22 Januari 2015 2:29 PTG

kalau ikutkan, myvi mmg kurang kos nk jaga. tp iriz ni benda baru. ada sapa2 dah pakai iriz tolong review sikit.

Tanpa Nama
23 Januari 2015 9:56 PG

iriz lebih selesa.

24 Januari 2015 10:57 PG

2 2 ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Tanpa Nama
26 Januari 2015 2:07 PTG

myvi kot...

8 Mac 2015 11:18 PG

Harga tak jauh beza, tetapi features/cici ciri jauh berbeza...

Tanpa Nama
19 Ogos 2015 4:35 PTG

Setakat ini pemaduan ,keselesaan dan kemantapan irish amat membanggakan setelah lebih dari 6 bulan ia di keluarkan.

Tanpa Nama
19 Ogos 2015 4:57 PTG

iriz lebih baik. prestasi, rekaan luar dan dalam lebih baik berbanding myvi.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger