Mazda 2 2015 Dilancarkan!


Mazda 2 2015 telahpun dilancarkan di Malaysia beberapa hari yang lalu. Mazda 2 2015 ini merupakan model CBU yang didatangkan dari kilang Auto Alliance Thailand (AAT) di Rayong. Gabungan teknologi SkyActiv yang dibangunkan oleh Mazda telah memberikan status Energy Efficient Vehicle (EEV) kepada kereta ini dan secara tidak langsung tertakhluk kepada pengecualian cukai di bawah akta National Automotive Policy (NAP) Malaysia.

Varian sedan dan hatchback yang ditawarkan di Malaysia didatangkan dengan enjin SkyActiv-G 1.5liter yang mampu menghembur sehingga 114HP dan 148Nm tork. Penggunaan enjin SkyActiv ini mampu menggerakkan kenderaan tersebut hanya dengan penggunaan minyak sebanyak 5.2L/100km.

Digabungkan dengan transmisi Skyactiv-Drive automatik 6-kelajuan yang menghantar kuasa dari enjin terus ke tayar hadapan. Salah satu perkara yang menarik tentang teknologi terbaru Mazda ialah dengan penggunaan teknologi I-Stop yang memberhentikan operasi enjin ketika dalam keadaan statik yang banyak membantu dalam penjimatan minyak. Masa yang diambil untuk enjin beroperasi semula setelah pedal brek dilepaskan cuma 0.35 saat sahaja.

Mazda 2 2015 ini didatangkan dengan rim aloi 16 inci, foglamp, keyless entry, butang push-start, penghawa dingin automatik, paddle shifter, sistem MZD Connect infotaintment skrin sesentuh 7 inci, iDrive-esque Commander Control, Bluetooth dan sistem bunyian 6 pembesar suara.

Semua ciri-ciri ini didatangkan standard kepada kedua-dua varian sedan dan hatchback. Ciri terbaru yang paling menarik ditawarkan bagi model ini ialah Heads-up Display (HUD) yang memberikan pengalaman pemanduan yang berbeza dari kenderaan lain. Sistem navigasi GPS juga turut ditawarkan sebagai tambahan dengan harga RM1,200.

Ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan merangkumi 2 beg udara, ABS, EBD dan break assist. Dynamic Stability Control (DSC) dan sauk tempat duduk kanak-kanak ISOFIX turut ditawarkan standard bagi kedua-dua varian. Brek cakera (disc brake) juga ditawarkan sebagai standard bagi model CBU yang masuk ke Malaysia.

Warna yang ditawarkan bagi model Mazda 2 2015 ini ialah Soul Red Metallic, Metropolitan Grey, Snowflake White Pearl dan Aluminium Metallic.

Harga yang ditawarkan bagi kedua-dua varian sedan dan hatchback ini ialah RM87,956 (harga termasuk insurans) yang turut datang dengan jaminan 3 tahun atau 100,000km (yang datang dahulu) dan juga pakej 3 tahun/60,000km servis percuma.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 
 
 
 
 
 
 
 
 


sumber dipetik ArenaKereta
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger