Koleksi Baharu Ford: Ford Cabar Para Pereka untuk Menukar Material Kitar Semula Menjadi Fesyen


Ford Motor Company dan Redress mengumumkan  Veronica Lee dari Malaysia and Amandah Andersson dari Sweden sebagai pemenang Forum Redress: Cabaran Rekaan Ford (The Redress Forum: Ford Design Challenge). Diadakan pada 19 Januari, acara itu mencabar para pereka fesyen yang sedang meningkat naik untuk menghasilkan rekaan fesyen menggunakan sisa tekstil dan material-material mapan yang digunakan di dalam kenderaan Ford. 

Cabaran rekaan fesyen itu dianjurkan oleh Ford Motor Company bersama organisasi kebajikan fesyen lestari, Redress. Ia bertujuan menonjolkan mengenai kepentingan dan impak mengadaptasi pemikiran serta material yang mapan dalam industri fesyen dan automotif.  

Sepanjang Forum Redress: Cabaran Rekaan Ford itu, sepuluh orang pereka fesyen yang sedang meningkat naik dari Hong Kong, China, Taiwan, Malaysia, Singapura,  United Kingdom, Perancis, Sweden dan Denmark menukar fabrik-fabrik tempat duduk daripada kenderaan Ford menjadi satu rekaan couture (busana mewah yang dihasil menggunakan jahitan tangan). Semua ini dilaksanakan melalui proses  yang dikenali sebagai ‘up-cycling’. Ia mengubah material terbuang dan terbiar menjadi sesuatu yang baru dan berkualiti lebih tinggi. Sepuluh pereka fesyen yang mengambil bahagian itu ialah para finalis The EcoChic Design Award 2014/15. 

Rekaan yang menang, dicipta sepenuhnya menggunakan palet warna bumi yang diambil daripada fabrik tempat duduk. Ia diinspirasikan daripada perancah buluh yang ada di bangunan Majlis Undangan Hong Kong. Rekaan asimetriknya sememangnya kelihatan atletik dan elegan, selain menggabungkan tektur dan fabric yang berbeza. “Kami mengeluarkan busa daripada bahagian bahagian belakang fabrik tempat duduk. Ia sememangnya menyerlahkan warna dan tekstur dinding batu bangungan undangan tersebut,” kata Amandah Andersson. Pakaian yang memenangi anugerah dengan inspirasi seni bina itu dihasil menggunakan tangan dalam masa tiga jam.

Pengurus Warna dan Reka Bentuk Material, Ford Asia Pacific, Emily Lai berkata, “Kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua pereka fesyen yang sedang meningkat naik ini kerana mampu menyempurnakan cabaran untuk menghasilkan pakaian penuh gaya daripada material teknikal seperti fabrik tempat duduk kereta dengan jayanya.” 

Jelas beliau lagi, “Lebih daripada 80 peratus impak sesuatu produk ke atas alam sekitar ditentukan sewaktu fasa reka bentuknya. Para pereka mempunyai kuasa untuk memberi kesan terhadap jumlah buangan menerusi reka bentuk dan prosesnya. Mereka boleh mengurangkan impak keseluruhan melalui penggunaan material yang kreatif dan inovasi-inovasi lain. Semua ciptaan yang telah kami lihat pada hari ini merupakan contoh tentang perkara ini. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta kerana menyahut cabaran ini.” 


Mengulas tentang kejayaan projek tersebut, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Redress, Christina Dean berkata, “Sampah di tapak pelupusan ialah isu serius yang terpaksa dihadapi oleh bumi kita ini. Kami di Redress berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang bagaimana kita boleh mengurangkannya. Forum Redress: Cabaran Rekaan Ford merupakan satu cara terbaik untuk menunjukkan bahawa bagaimana gaya pemikiran rekaan yang mapan adalah relevan buat industri fesyen dan automotif.” 

“Peluang untuk bekerja menggunakan fabrik tempat duduk yang dikitar semula ini memang satu pengalaman yang hebat. Saya tidak pernah menjangka bahawa botol-botol plastik boleh ditukar menjadi pakaian yang tidak pernah kita fikirkan,” kata Veronica Lee yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang rekaan fesyen di Institut Rekaan Raffles di Singapura. 

“Saya percaya bahawa amalan up-cycling serta inovasi rekaan dalam industri kereta dan fesyen merupakan langkah penting ke arah masa depan yang lestari buat kita semua,” Amandah Andersson yang kini sedang sibuk membangunkan jenamanya sendiri di Stockholm.


Penajaan Ford terhadap The EcoChic Design Award 2014/15 adalah selari dengan komitmen sedia ada dan berterusannya terhadap aspek kelestarian. Sejak tahun 2001, satu pasukan jurutera Ford yang cukup berdedikasi telah berusaha menggabungkan material-material mapan ke dalam kenderaan. Pada masa yang sama mematuhi tahap kualiti dan standard prestasi yang ketat. 

Hari ini, syarikat mengunakan material seperti botol plastik kitar semula, denim, kenaf, jerami, kacang soya dan minyak jarak untuk membantu mengurangkan jumlah buangan industri serta pengguna. Di samping meminimumkan kemerosotan sumber semula jadi dan mengurangkan penggunaan tenaga. Ford juga bekerjasama dengan Heinz bagi mengkaji penggunaan gentian tomato dalam membangunkan material komposit yang mapan untuk kegunaan proses pengilangan kenderaan. 



Berfikir Semula Tentang Kelestarian 

Alam sekitar 
Ekologi, produksi & sumber, penggunaan, teknologi, budaya, komuniti tempatan, 

Masyarakat 
Pelanggan, pekerja, pemegang saham, 

Ekonomi
Kerajaan, rakan niaga, pembekal, berfikir tentang kitaran hidup


Material-material Mapan dalam Kenderaan Ford  

Material merupakan elemen penting dalam mengekalkan kelestarian sesebuah kenderaan sepanjang kitaran hidupnya. Pemilihan material boleh mempengaruhi aspek keselamatan, penjimatan bahan api dan prestasi kenderaan. Di samping peluang untuk mengitar semula atau menggunakan kembali komponen-komponen kenderaan pada hujung usianya. Material yang digunakan pada sesebuah kenderaan juga memberi kesan terhadap rantaian nilai kami secara sepenuhnya.  

Sejak bertahun-tahun lamanya, Ford telah berusaha untuk meningkatkan penggunaan material kitar semula dan boleh diperbaharui. Selain mengurangkan penggunaan material yang tidak diingini. Pada tahun 2011, satu pasukan yang berdedikasi telah ditubuhkan untuk membantu menggabungkan pelbagai jenis material boleh diperbaharui dan dikitar semula ke dalam barisan kenderaan global Ford. Sebanyak 41 jenis fabrik dengan kandungan bahan kitar semula telah digunakan dalam program melibatkan15 buah kenderaan, termasuklah Mondeo yang dijual sebagai Fusion di pasaran Amerika Utara. Program Mondeo/Fusion menggunakan fabrik tempat duduk yang diperbuat daripada botol-botol plastik kitar semula. Malah, program Mondeo/Fusion mampu mengitar semula botol plastik dan bahan buangan industri dalam jumlah yang banyak untuk menghasilkan 1.5 juta ela fabrik setiap tahun. 

Satu lagi material boleh diperbaharui inovatif yang digunakan di dalam kenderaan Ford ialah busa berasaskan soya. Ia digunakan untuk membuat kusyen dan bahagian sandar tempat duduk. Kini, terdapat lebih daripada 15 juta kenderaan yang dipasang dengan tempat duduk diperbuat daripada busa soya di atas jalan raya. Inisiatif ini mampu mengurangkan penggunaan minyak petroleum sehinga 2.26 juta kilogram setahun. Ford juga merupakan syarikat automotif pertama di dunia menggunakan busa minyak jarak PU yang telah diubah suai di dalam kenderaan keluarannya. 

Melalui material boleh diperbaharui seperti kenaf, pasukan jurutera mampu mencari jalan baru yang kreatif untuk mengurangkan berat kenderaan. Ford Mondeo dan Ford Kuga menggunakan gabungan 50% kenaf dan 50% plastik pada panel-panel pintunya. Ia membantu mengurangkan berat alat ganti kepada lebih 30% atau secara puratanya sekitar setengah kilogram pada setiap kereta. Berat kenderaan yang berjaya dikurangkan ini menyumbang kepada penggunaan bahan api  yang lebih efisien. 

Material-material mapan yang digunakan di dalam kenderaan Ford termasuklah: 

Material boleh dikitar semula:
Lakan (fabrik yang diperbuat daripada kulit biri-biri dan dimampatkan) yang boleh dikitar semula 
Fabrik denim yang dicarik-carik
Kayu  
Plastik kitar semula
Kulit kitar semula 
Bahan-bahan buangan pasca industri yang lain 

Material boleh diperbaharui: 
Soya
Kenaf
Jerami
Minyak jarak 
Gabus
Kelapa

Material Ringan:
Besi berkekuatan tinggi 
Aluminum
Magnesium 

Menggunakan material kitar semula tidak bermakna material yang berkualiti rendah. Material-material mapan yang digunakan pada kenderaan Ford perlu mematuhi proses-proses ujian ketat bagi memastikan bahawa ia memiliki kualiti dan berketahanan tinggi. Dengan menggunakan material-material baharu ini, Ford dilihat terus menghasilkan produk-produk berfokuskan kepada pengguna yang cantik dan bergaya. Ford juga  sedang berusaha ke arah ‘upcycling’ beberapa material tertentu. Maksudnya, mengitar semula material-material untuk digunakan dengan material lebih berkualiti dan memenuhi prestasi tinggi yang dimahukan berbanding bahan asal. 

Penggunaan material-material yang mapan pada kenderaan Ford nyata dapat mengurangkan jumlah buangan di tapak pembuangan sampah. Di samping mengurangkan penggunaan tenaga dan air di dalam proses produksinya. Aplikasi material boleh diperbaharui yang ekstensif oleh Ford bukan sahaja mengurangkan penggunaan produk-produk petroleum, malah kos pengilangan serta emisi CO2 juga dapat dikurangkan secara keseluruhannya. 

Ford berjanji untuk menawarkan inovasi yang lebih mapan pada masa depan. Ini kerana material-material baharu yang boleh diperbaharui seperti kulit tomato dan dandelion sedang giat dikaji untuk diintegrasikan ke dalam program-program pembinaan kenderaan. Sebagai antara pengasas Gabungan Stok Makanan Ternak Bioplastik, sebuah kumpulan yang turut disokong oleh pihak Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF), Heinz, Unilever dan rakan-rakan global yang lain, Ford aktif dalam mempromosikan pembangunan plastik-plastik berasaskan kepada tumbuh-tumbuhan yang lebih bertanggungjawab. 

Tahukah anda?

Ford Mondeo di China menggunakan fabrik tempat duduk yang mengandungi  43% bebenang kitar semula, ia diperbuat daripada botol-botol air PET pengguna yang bersamaan 18 botol bagi setiap kenderaan

Penggunaan plastik yang diperkukuhkan dengan jerami di dalam kenderaan Ford mengurangkan penggunaan petroleum sekitar 9,100kg dan mengurangkan emisi kira-kira 14,000kg CO2 setiap tahun

Penggunaan busa soya di dalam tempat duduk kenderaan Ford memberikan penjimatan berat sebanyak 25% berbanding material-material tradisional. Dengan menggunakan teknologi busa soya, Ford mampu mengurangkan emisi CO2 sebanyak 910,000kg setiap tahun  

Ford mengutip 300,000 botol plastik daripada  tapak-tapak pembuangan sampah pada tahun 2012 dan menggunakannya untuk menghasilkan bilah corong udara  

Ford mengitar semula lebih 600 tan gentian karpet nilon setahun. Inisiatif ini membantu menjimatkan lebih 4,200 tong minyak mentah setiap tahun dan mengungrangkan emisi CO2 sebanyak 1.2kg setiap tahun  
Fakta Tambahan 

Botol Air Menjadi Bilah Corong Udara 

Material bahagian hujung bilah corong udara mengandungi 24% resin kitar semula yang diperbuat daripada botol-botol air PET pengguna 
Ford berjaya mengurangkan emisi CO2 sebanyak 60% menerusi penggunaan teknologi canggih ini berbanding teknologi konvensional 

Sisa Karpet Menjadi Penutup Enjin 

Pada tahun 2010, karpet nilon ditukar menjadi resin nilon sebelum dibentuk menjadi penutup enjin kenderaan Ford. 
Resin nilon ini 100 peratus diperbuat daripada karpet yang dikitar semula, sekali gus menyelamatkan lebih 1.9 juta kilogram karpet terbuang di tapak-tapak pembuangan sampah. Kuantiti itu boleh melitupi 154 buah padang bola sepak  
Langkah ini juga melibatkan proses kitar semula 900,000 meter karpet dan mengurangkan penggunaan lebih 1.6 juta liter minyak 

Biji Jarak, Bukannya Produk-produk Petroleum 

Minyak jarak daripada tumbuh-tumbuhan membantu menghasilkan ruang dalaman kenderaan yang mapan kerana ia menggurangkan penggunaan petroleum. Pada masa yang sama menambah baik aspek pertukangan kenderaan
Adunan minyak adalah lebih tahan lama (kekuatan tegangan mencecah 36%, kekuatan koyakan sehingga 5%) serta meminimumkan regangan komponen bagi membantu mengotimumkan keberkesanan beg udara. Busa yang unik ini  meningkatkan penampilan dan rasa kenderan menerusi teksturnya yang lembut apabila dipegang. Ia juga mengambil kurang masa untuk dihasilkan (mengurangkan tempoh pengawetan sehingga 43%), maka ia dapat meningkatkan produktiviti pengilangan Ford

Menggabungkan Sabut Kelapa dengan Plastik

Sabut kelapa ialah produk buangan yang biasanya dibakar dan asapnya meresap ke atmosfera 
Sebaik sahaja sabut kelapa sampai kepada Ford, para penyelidik menggabungkannya dengan plastik untuk memberikan kekuatan tambahan. Pada masa yang sama mengurangkan penggunaan petroleum secara keseluruhannya 
Ford menggunakan sabut kepala pada bahagian kemasan beban lantai Focus Electric 2012. Material ini mempunyai kepadatan yang rendah, lebih kukuh dan tidak berbau


Bekas Sampah daripada Jerami 

Jerami ialah produk sampingan gandum yang biasanya dibakar 
Acuan plastik yang dibentuk secara suntikan diperkukuhkan dengan jerami yang telah diperbaharui. Ia digunakan untuk menghasilkan bekas sampah pada model Ford Flex – aplikasi pertama seumpamanya di dunia 

Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger