Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli (Perak-Kelantan) Dibuka


Jalan raya Timur Barat dari Gerik ke Jeli (Perak-Kelantan) sudah dibuka pada 12 tengah hari tadi, dua hari lebih awal daripada sasaran asal Rabu ini.

Ini susulan kerja pembaikan dan membina lencongan yang dilakukan berikutan tanah runtuh yang berlaku di laluan itu pada 23 Disember akibat hujan lebat berterusan sejak 20 Disember, berjaya disiapkan lebih awal.

Dalam kenyataan hari ini, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerja pembaikan dan membina lencongan laluan sementara di tiga seksyen di Perak iaitu di kilometer (Km) 69, Km79 dan Km87 berjaya disiapkan lebih awal oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak iaitu Sabtu lepas.

"Seksyen di Km90 di Jeli, Kelantan yang paling rumit, disiapkan awal pagi ini selepas kerja dilaksanakan secara intensif 24 jam oleh JKR Kelantan melalui arahan kerja kepada syarikat konsesi terlibat," katanya.

Fadillah berkata, pembinaan lencongan itu adalah langkah jangka pendek yang dilaksanakan kementerian bagi membolehkan pengguna melalui jalan berkenaan sebelum kerja pembinaan kekal dilakukan yang dijangka mengambil masa 24 bulan. - Bernama
Share this article :

+ comments + 1 comments

makasih ya gan untuk infonya semoga tambah sukses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger