GoAuto Lancar M4, Labur RM250j Bina Kilang Baharu


Go Auto Manufacturing Sdn Bhd (GoAuto) memperkenalkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak baharunya, Great Wall Motor (GWM) M4 bagi pasaran di negara ini.

M4 yang dinobatkan sebagai 'Autoworld Best Car Of The Year' menerusi kategori 'Best Value For Money SUV' pada Khamis lalu adalah satu daripada empat model kenderaan yang dikeluarkan Go Auto.

Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Azam Sulaiman, berkata M4 adalah model kenderaan cekap tenaga (EEV) yang dijual pada tanda harga dari RM49,624 hingga RM63,136.56 seunit termasuk insurans.

Hingga kini, beliau berkata M4 sudah menerima 2,500 unit tempahan yang kebanyakannya adalah bagi varian automatik manakala 300 unit untuk manual.

Turut dilancarkan hari ini adalah pembinaan kilang keduanya, dekat sini, yang membabitkan nilai pelaburan berjumlah RM250 juta dan dijangka mula beroperasi pada suku tahun ketiga 2016.

Ahmad Azam berkata, melalui operasi kilang terbaharu GoAuto itu, pihaknya menyasarkan peningkatan keupayaan pengeluaran kepada 50,000 unit setahun berbanding 25,000 unit sekarang.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ




sumber Berita Harian
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger