Ford Umum Pelan Mobiliti Pintar Dan 25 Eksperimen Global Yang Direka Untuk Mengubah Cara Dunia Bergerak Di Acara CES


Pada acara Pertunjukan Elektronik Pengguna (CES) 2015, Ford mempamerkan bagaimana ia menggunakan inovasi yang bukan sahaja menghasilkan kenceraan canggih, malah membantu mengubah bagaimana dunia bergerak. Ia dilakukan  dengan menyelesaikan peningkatan masalah yang terpaksa dihadapi oleh sektor pengangkutan global.  

Syarikat itu mengumumkan pelan Mobiliti Pintar Ford yang akan menggunakan inovasi untuk membawanya ke satu tahap lebih tinggi dari aspek ketersambungan, mobiliti, kenderaan berautonomi, pengalaman pengguna dan data yang besar. Ford juga mengumumkan 25 eksperimen mobiliti yang dijalankan di seluruh dunia pada tahun ini untuk menguji idea-idea inovatif berkaitan pengangkutan demi menawarkan pengalaman lebih baik kepada para pengguna. Ini termasuklah model-model yang lebih fleksibel dan kolaborasi sosial yang pastinya akan memberi manfaat kepada pelanggan.  

“Walaupun kami ada mempamerkan kereta-kereta yang dilengkapi teknologi ketersambungan dan berkongsi pelan mengenai kenderaan berautonomi, sebenarnya kami mempunyai harapan yang lebih besar di CES,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ford, Mark Fields. “Kami ingin memacu inovasi dalam setiap aspek perniagaan. Ini termasuklah dari segi penghasilan produk dan menjadi syarikat mobiliti – akhinya, mampu mengubah cara dunia bergerak sebagaimana yang dilakukan oleh pengasas kami, Henry Ford sejak 111 tahun lalu.” 

Di CES, Ford ada membuat demonstrasi SYNC® 3, sistem ketersambungan di dalam kereta termajunya. Ia turut menunjukkan kenderaan semi autonomi ciptaannya yang sudah ada di atas jalan raya. Di samping kenderaan berautonomi sepenuhnya yang kini berada dalam fasa  pembangunan. 


25 eksperimen mobiliti global 
Antara langkah pertama dalam pelan Mobiliti Pintar Ford ialah 25 eksperimen – lapan di Amerika Utara, sembilan di Eropah dan Afrika, tujuh di Asia dan satu di Amerika Selatan. Setiap eksperimen ini direka untuk menguji apakah yang diingini dan diperlukan oleh para pelanggan dalam ekosistem pengangkutan pada masa depan. 

“Kami melihat dunia yang mana kenderaan berkomunikasi di antara satu sama lain. Para pemandu dan kenderaan berkomunikasi dengan infrastruktur urban untuk mengurangkan kesesakan, serta orang ramai berkongsi kenderaan atau pelbagai bentuk pengangkutan berbeza secara rutin bagi memenuhi keperluan pengangkutan harian mereka,” kata Fields. “Eksperimen-eksperimen yang kami jalankan pada hari ini akan mencipta satu model pengangkutan dan mobiliti serba baharu untuk tempoh sepuluh tahun akan datang dan seterusnya.” 

25 eksperimen ini cuba untuk menangani empat trend mega global – pertumbuhan populasi yang mendadak, peningkatan golongan kelas menengah, kualiti udara dan kebimbangan terhadap kesihatan awam, serta perubahan sikap dan keutamaan pelanggan. Ia nyata mencabar model pengangkutan sedia ada dan menghadkan mobiliti seseorang, terutama di kawasan-kawasan bandar. 

14 daripada 25 eksperimen itu merupakan projek yang diterajui oleh Ford. Sementara 11 lagi adalah sebahagian daripada Siri Cabaran Inovasi Mobiliti Ford. Antara eksperimen itu adalah seperti berikut: 

Big Data Drive: Dearborn, Michigan
Fleet Insights: United States
Data Driven Insurance: London
Remote Repositioning: Atlanta
City Driving On-Demand: London
Dynamic Social Shuttle: New York, London
Car Swap: Dearborn, Michigan
Ford Carsharing: Germany
Share-Car: Bangalore, India
Rapid Recharge & Share: Dearborn, Michigan
Data Driven Healthcare: The Gambia, West Africa 
Parking Spotter: Atlanta 
Info Cycle: Palo Alto, California
Painless Parking: London

Melalui Siri Cabaran Inovasi Mobiliti, Ford menjemput para pencipta dan pereka di seluruh dunia untuk menghasilkan penyelesaian, khusus dalam menangani cabaran mobiliti di Amerika Utara, Amerika Selatan, Portugal, Afrika, India, China, England dan Australia.

Cabaran-cabaran itu termasuklah mendapatkan penyelesaian teknologi dalam mengenal pasti ruang-ruang parkir terbuka di kawasan urban, menawarkan cara lebih baik untuk bergerak di bandar-bandar yang sesak serta penggunaan navigasi dan alat-alat lain bagi membantu orang ramai mengakses perkhidmatan penjagaan kesihatan di kawasan-kawasan terpencil. 




SYNC 3
Di CES, Ford memperkenalkan SYNC 3, sistem komunikasi dan hiburan baharu yang lebih pantas, intuitif dan mudah digunakan bersama maklum balas arahan pemandu yang telah dipertingkatkan. 

SYNC 3 yang menggunakan teknologi pengecaman perbualan, skrin sentuh seperti telefon pintar dan grafik yang mudah dibaca akan membantu jutaan pemandu untuk berhubung dengan hidup dan mengawal telefon pintar mereka ketika berada di atas jalan raya.  

Sistem generasi seterusnya ini dibina di atas kemampuan teknologi SYNC yang sudah pun dipasang pada lebih10 juta kenderaan di seluruh dunia. SYNC 3 dijangka diaplikasikan pada kenderaan-kenderaan baharu mulai pada tahun ini. 

“Ford menawarkan cara yang lebih mudah untuk para pelanggan terus berhubung,” kata Ketua Pegawai Teknikal dan Naib Presiden Kumpulan, Pembangunan Produk Global Ford, Raj Nair. “SYNC 3 merupakan satu lagi langkah ke hadapan kami dalam menawarkan ciri ketersambungan yang dimahukan oleh para pelanggan. Mereka memberitahu, teknologi seperti ini menjadi salah satu bahagian penting ketika membuat keputusan untuk membeli kenderaan kami.”  


Kenderaan Berautonomi Ford
Ford turut mengetengahkan kenderaan semi autonomi yang sudah berada di atas jalan sekarang serta kenderaan beruatonomi sepenuhnya yang sedang dibangunkan untuk masa depan. 

“Kami sudahpun mengilang dan menjual kenderaan semi autonomi yang menggunakan perisian dan alat-alat pengesan (sensor) untuk masuk ke ruang parkir selari dan lurus. Ia mampu mengubah suai kelajuan berdasarkan kepada aliran trafik atau menekan brek ketika  kecemasan,” kata Nair. “Pasti ada kenderaan berautonomi Ford pada masa depan, kami sangat serius mengenainya.” 

Ciri-ciri yang ada pada kenderaan semi autonomi termasuklah sistem Lane-keeping Assist, kawalan jelajah adaptif, Sistem Bantuan Pra-Pelanggaran dengan Pengesan Pejalan Kaki dan Park Assist. Manakala sistem Traffic Jam Assist akan hadir tidak lama lagi. 

Kenderaan autonomi sepenuhnya, Ford Fusion Hybrid kini sedang menjalani ujian di atas jalan raya. Kenderaan itu menggunakan teknologi semi autionomi sama yang terdapat pada kenderaan Ford pada hari ini. Ia akan ditambah dengan empat alat pengesan LiDAR untuk menghasilkan peta persekitarannya dalam bentuk 3D pada masa sebenar.  

Menerusi penggunaan alat pengesan LiDAR, kenderaan itu berupaya mengesan objek-objek di sekelilingnya. Ia juga menggunakan algoritma tercanggih untuk membantunya menjangka arah pergerakan kenderaan lain dan pejalan kaki.   

“Keutamaan kami bukannya untuk membuat kenyataan berkaitan pemasaran atau berlumba untuk menghasilkan kenderaan berutonomi yang pertama di atas jalan raya,” kata Fields. “Sebaliknya, keutamaan kami adalah menjadikan kenderaan berautonomi pertama Ford boleh diakses oleh orang ramai dan benar-benar mampu meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

“Sejak dahulu lagi, Ford mengajar kami bahawa perniagaan yang bagus dapat menghasilkan produk yang cemerlang dan membawa keuntungan,” tambah Fields.  “Perniagaan yang hebat mampu melakukan semua itu dan mencipta dunia yang lebih baik. Inilah yang menggerakkan kami pada setiap hari.” 

Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger