Ford Raikan Tahun Baru Cina Dengan Promosi Kadar Faedah Rendah 0.88% dan Rebat Tunai


Ford dan pengedar tempatan, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini mengumumkan Promosi CNY Ford (Ford CNY Promo) bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Promosi ini menawarkan kadar faedah serendah 0.88 peratus setahun dan rebat tunai untuk beberapa model terpilih. Ia sah mulai sekarang hingga 28 Februari depan. 

Semua pelanggan yang membeli model Fiesta, Focus, Kuga dan beberapa varian terpilih  Ranger layak menikmati kadar faedah serendah 0.88 peratus. Rebat tunai sebanyak RM1,888 juga akan diberi kepada pelanggan yang membeli Focus. Sementara pembeli Fiesta 1.0L EcoBoost akan menerima rebat tunai berjumlah RM3,888. 

Sebagai tambahan kepada promosi CNY ini, promosi selepas jualan Ford pula menawarkan pemeriksaan multi poin secara percuma oleh juruteknik bertauliah Ford kepada semua pelanggan Ford. Di samping diskaun sebanyak 10 peratus ke atas alat-alat ganti dan minyak pelincir daripada Ford, Motorcraft dan Castrol.

Sah mulai 1 Februari hingga 31 Mac, promosi ini melibatkan semua model Ford. Ia boleh ditebus dengan perbelanjaan minimum RM1,000 ke atas pembaikan mekanikal (pembaikan badan kenderaan dan akibat kemalangan adalah terkecuali daripada promosi ini).  Ingin turut serta, pelanggan hanya perlu mendaftar untuk mendapatkan kupon e-mel di laman web: www.fordconsumer.com dan serahkannya di mana-mana Pusat Servis Ford yang sah. 

Pelanggan juga boleh menghubungi hotline Khidmat Pelanggan Ford di talian: 1800 38 3181.

Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger