Ford EcoSport Menangi Gelaran ‘SUV/Crossover Kompak Terbaik’ pada Anugerah Autoworld COTY 2014


Ford EcoSport telah dipilih sebagai SUV/Crossover Kompak Terbaik pada acara Anugerah Autoworld Car of the Year (COTY) yang diadakan di Tropicana Golf and Country Resort, Selangor baru-baru ini. 

“Kami berasa bangga dan berbesar hati atas pengiktirafan yang diberikan oleh salah satu media automotif utama di Malaysia dan para pembaca mereka,” kata Pengarah Urusan, Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, David Westerman. “Sejak dilancarkan di Malaysia, EcoSport telah membantu mencipta satu segmen kenderaan serba baharu – SUV urban kompak.” 

Ford EcoSport menggabungkan aspek mampu milik, kelincahan dan penjimatan sebuah kereta penumpang yang kompak dengan fleksibiliti, gaya dan ketinggian sebuah SUV. 

Penerima Anugerah Autoworld COTY ditentukan dengan cara menggabungkan skor yang diberi oleh panel juri serta hasil undian para pembaca dari dalam talian.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ



Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger