Spyshots : Proton Suprima S - Varian Standard?



Sebuah Suprima S dengan tampalan camouflage pada bahagian depan dan belakang telah dikesan atas treler berhampiran susur keluar Pedas Linggi di lebuh raya PLUS oleh pembaca paultan.org, Asraf Hadzwan.

Suprima tersebut memakai roda keluli sama seperti Exora Turbo Standard. Varian sedia ada sekarang adalah eksekutif, premium dan super premium. Jadi Suprima ini boleh menyertai varian sedia ada sebagai varian standard. 

Jika kita lihat pada Exora CFE Standard, ia tanpa reverse sensor, Bluetooth, DVD, butang pada roda stereng, cruise control, cermin sisi automatik dan lampu kabus walaubagaimanapun ABS, EBD, beg udara berkembar dan semua brek cakera kekal ditawarkan. 

Kita boleh lihat Suprima S ini mengekalkan spoiler, jika Exora Turbo Standard adalah RM10 ribu lebih murah daripada varian Turbo di atasnya, apakah perkara sama akan berlaku di sini, membawa Suprima S kepada harga lingkungan RM60 ribu?

Terdapat sumber lain ada menyebut bahawa tahun baru 2015 ini, Proton juga bakal memperkenalkan Exora Bold facelift. Menurut maklumat yang diterima berkemungkinan besar ada sedikit perubahan pada lampu hadapan dengan tambahan lampu nyalaan siang (DRL) serta penampilan lebih segar pada bahagian bumper hadapan dan belakang.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ




Share this article :

+ comments + 6 comments

Tanpa Nama
2 Disember 2014 5:01 PTG

jual rm59 ribu mungkin ramai beli. jualan yg ada amat sedikit.

Tanpa Nama
2 Disember 2014 5:06 PTG

yg lain2 kurang takpe jgn enjin dan safety kurang dh la.

Tanpa Nama
3 Disember 2014 3:31 PTG

byk sgt kurang.. harga mungkin lbh 65K.

Tanpa Nama
3 Disember 2014 5:47 PTG

AXIA YANG KURANG ATAS SIKIT DRP KERETA MURAH INDIA YANG TIADA BINTANG

Tanpa Nama
4 Disember 2014 12:50 PTG

murah tp selamat. safety tp slalu rosak. nk pilih mana?

Tanpa Nama
4 Disember 2014 4:57 PTG

proton tetap terbaik. mana2 jenama masalah kualiti tetap ada.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger