Spyshot : Perodua Myvi Facelift Sedia Untuk Pasaran?


Perodua dilihat sedang bersiap-siap untuk model popularnya Myvi dengan pengenalan model facelift tidak lama lagi. Beberapa gambar Myvi warna biru ini sudah berlegar-legar di media sosial, menampakkan ia seakan-akan dilancarkan tidak lama lagi.

Spyshot Myvi facelift ini menunjukkan rekaan hadapan Myvi semakin agresif dan lebih extreme berbanding Myvi sedia ada. Perubahan kosmetik ini tentu sahaja untuk memastikan jenama Myvi terus segar di mata orang ramai. Warna baharu biru ini menampakkan Myvi ini cukup segar dilihat.

Jika dilihat pada rekaan bumper hadapan, perubahan ketara berbanding Myvi sedia ada dengan rongga angin yang lebih besar seperti Axia SE dan Advance. Tiada chrome bar yang eksklusif, rekaan semula bahagian lampu hadapan mengikut tren semasa beserta foglamp juga diberi nafas baru.

Bahagian belakang kita lihat terdapat spoiler baru, lampu belakang yang baru, juga bahagian bumper yang lebih kemas dan sporty, saya lihat diffuser seperti itu sepatutnya ada lampu brek ketiga seperti Proton Suprima. 

Terdapat pertambahan ciri-ciri baru seperti pemegang pintu krom, front park assist, juga bahagian multimedia yang ditambahbaik. Berdasarkan emblem belakang, ia tertulis advance, mungkinkah ini adalah pengenalan Myvi yang setanding kehebatan Proton Iriz? Jika kita lihat sebelum ini, ciri-ciri Proton Iriz jauh lebih baik berbanding Myvi sedia ada.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ




Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
18 Disember 2014 6:33 PTG

wow!!!

21 Disember 2014 3:04 PTG

Warna biru mcm warna kereta Proton Suprima S

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger