Spyshot : Perodua Myvi Facelift 2015?


Perodua dilihat sedang bersiap-siap mengemaskini model popularnya Myvi dengan pengenalan model facelift tidak lama lagi. Ini kerana persaingan jenama lain semakin mencabar, terutama penampilan Proton Iriz yang dikatakan mula mencabar dominasi Perodua Myvi selama ini. Ditambah pula dengan penampilan adiknya Axia yang kini menjadi pilihan ramai berbanding Myvi.

Spyshot Myvi facelift ini menunjukkan rekaan hadapan Myvi semakin agresif dan lebih extreme berbanding Myvi sedia ada. Perubahan kosmetik ini tentu sahaja untuk memastikan jenama Myvi terus segar di mata orang ramai.

Jika dilihat pada rekaan bumper hadapan, perubahan ketara berbanding Myvi sedia ada dengan rongga angin yang lebih besar seperti Axia SE dan Advance. Tiada chrome bar yang eksklusif, rekaan semula bahagian foglamp yang bersambung dengan ruang rongga masukan angin di tengah.

Tidak dapat dipastikan bagaimana rekaan belakang kerana hanya sekeping imej terdedah setakat ini, namun saya pasti tidak ada perubahan pada spesifikasi mekanikal terutama enjin. Ia lebih kepada penampilan semula agar sentiasa segar dan mungkin juga ada mengalami penurunan harga sepertimana Alza facelift.
Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
21 Disember 2014 2:37 PTG

Boleh tahan. Ade sensor depan lagi tu. Nice.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger