SDAC Perkenalkan Ford Focus Edisi Khas, Kini Boleh didapati di Bilik Pameran Ford di Semenanjung Malaysia

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini mengumumkan pengenalan Ford Focus Edisi Khas yang tampil dengan pelbagai penambahbaikan.  

Ford Focus Edisi Khas akan berada di semua bilik pameran Ford di Semenanjung Malaysia untuk satu tempoh terhad. 

Tampil tersendiri dengan reka bentuk yang kemas dan sporty, Focus sememangnya sebuah jentera yang seronok dipandu, jimat bahan api serta memiliki pakej keselamatan komprehensif. Ia juga sarat dengan teknologi pintar yang tiada tandingan dalam kelasnya. 

Didatangkan dalam warna biru (Winning Blue) dan putih (Frozen White), Ford Focus Edisi Khas ditawarkan pada harga RM131,888* seunit bersama beberapa ciri tambahan yang istimewa seperti: 

Body kit penuh
Lampu nyalaan siang (DRL) 
Pelekat Edisi Khas 
Karpet Sports
Tempat duduk dibalut kulit 

Dengan jualan mencecah 10 juta unit sejak diperkenalkan pada tahun 1998, Focus kini merupakan model paling laris di dunia. Ia menjadi kereta pilihan pengguna di seluruh dunia berikutan nilainya yang luar biasa, selain menawarkan keselesaan, keselamatan dan seronok dipandu. 

Focus menggunakan enjin Duratec 2.0-litre Ti-VCT GDi yang berupaya menghasilkan kuasa mencecah 170 PS dan tork maksimum 202Nm. Enjin itu dipadankan dengan transmisi automatik Ford PowerShift enam kelajuan terkini. Kotak gear tersebut menggabungkan aspek kecekapan, nisbah gear yang telah dioptimumkan dan prestasi sebuah transmisi manual dengan kelancaran serta kemudahan transmisi automatik konvensional. 

Pelan Servis Lanjutan Ford

Ford Focus Edisi Khas hadir turut bersama Pelan Servis Lanjutan Ford (ESP) untuk menawarkan ketenangan minda kepada para pelanggannya. ESP Ford adalah program penyelenggaraan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000km yang meliputi kos alat ganti dan buruh secara percuma.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.ford.com.my. 

 KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger