Rebat 20% Tol Sempena Krismas


Pengguna rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang membayar tol secara elektronik akan menikmati rebat sebanyak 20 peratus sempenan sambutan Krismas, kata Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohammad Fuad Khusairi.

Menurut beliau, pemberian rebat tol tersebut merupakan tanda penghargaan kepada pelanggan lebuh raya PLUS.

“Semua pengguna kenderaan kelas satu yang membayar tol menggunakan sistem elektronik iaitu kad Plus Miles, kad Touch ‘n Go dan SmartTAG akan menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus pada 25 Disember ini.

“Pengguna boleh menuntut rebat tol sewaktu menambah nilai kad Plus Miles atau kad Touch ‘n Go masing-masing bermula 15 Februari 2015 sehingga 14 Mei 2015 di semua pusat khidmat pelanggan di lebuh raya kendalian PLUS,” katanya.

Rebat tersebut bagaimanapun tidak diberikan kepada pengguna yang membayar to di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang.

“PLUS menjangkakan jumlah aliran trafik akan meningkat sebanyak 15 peratus iaitu 1.5 juta kenderaan setiap hari di lebuh raya kendalian kami pada musim perayaan Krismas dan pengguna dinasihatkan agar merancang jadual perjalanan mereka.

“Orang ramai juga perlu bersedia menambah nilai kad Plus Miles atau Touch ‘n Go lebih awal selain menggunakan bayaran elektronik sebagai langkah mempercepat transaksi tol supaya dapat melalui plaza tol dengan selesa dan cepat,” katanya semasa menghadiri program kembali ke Sekolah 2015 Parlimen Sekijang.



Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger