Rangkaian Sembilan Pusat Servis Quick Lane Ford Dibuka


Ford Motor Company dan rakannya di Malaysia, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini mengumumkan sembilan buah pusat servis Quick Lane kini sudah dibuka di Semenanjung Malaysia. 

Kemudahan Quick Lane ini akan membantu menyokong pertumbuhan Ford di Malaysia dan menjadi sebahagian daripada rangkaian 49 pengedar Ford yang kian berkembang di seluruh negara.

Pelancaran sembilan pusat servis ini menandakan pembukaan fasa pertama Quick Lane, dengan lebih banyak kemudahan sama bakal dibuka pada masa depan.   

Selain pelaburan ke atas pengedar baharu dan sedia ada Ford, Quick Lane merupakan satu elemen penting dalam usaha Ford dan SDAC meningkatkan pengalaman pemilikan para pelanggannya. Strategi penambahbaikan yang menyeluruh ini menyaksikan SDAC melabur lebih RM140 juta dalam tempoh dua tahun akan datang.  

“Dengan fokus terhadap servis yang pantas dan efisien, Quick Lane membolehkan kami menawarkan pilihan penyelenggaraan yang lebih mudah kepada para pelanggan. Ia juga memastikan semua kenderaan boleh dibaiki dan diservis sebaiknya,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Pasaran Membangun Asia Pasifik dan Malaysia, Ford Motor Company, David Westerman.

Quick Lane bertindak sebagai sebuah pusat servis ekspres yang menawarkan khidmat penyelenggaraan kenderaan dan pembaikan mudah seperti penukaran minyak enjin dan penapis, pusingan tayar, sistem brek, tayar, sistem suspensi, pembaikan kecil sistem ekzos, pemeriksaan multi-poin kenderaan secara percuma, membuat talaan serta penjajaran.

Tidak perlu membuat temu janji dibuat terlebih dahulu. Ini kerana Quick Lane akan melayan para pelanggan berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat, dengan tempoh pembaikan tidak melebihi dua jam. 

Pusat servis ini dilengkapi peralatan global dan perisian tercanggih Ford. Ia membolehkan juruteknik terlatih Ford mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi serta memastikan kenderaan pelanggan berada dalam kondisi terbaik. 

Daripada sembilan pusat servis Quick Lane itu, empat buah terletak di Lembah Klang dan masing-masing satu di Pulau Pinang, Ipoh, Juru, Johor Bahru serta Muar.

“Pengalaman pemilikan pelanggan bermula sebaik sahaja mereka membeli sebuah kenderaan baharu Ford. Menerusi perkhidmatan seperti Quick Lane, kami mampu untuk sentiasa menyokong mereka,” jelas Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Lee Eu San.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 


Share this article :

+ comments + 1 comments

8 Disember 2014 3:19 PTG

ok gan trimakasih infonya

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger