Proton Exora SP Bakal Muncul Tidak Lama Lagi?


Beberapa imej ini telah dikirimkan kepada saya sebentar tadi. Jika sebelum ini kita sudah lihat imej yang sama, imej-imej ini nampak lebih jelas. Selepas Exora Bold dan Prime, kini Proton Exora antara model popular Proton bakal muncul dengan Exora SP yang dilihat bersifat agresif.

Exora SP mempunyai kit badan seakan Iriz Active, bumper belakang dilengkapi lampu kabus, rekaan bumper hadapan dan belakang dilengkapi kepingan aloi, padanan warna hitam seperti model Saga FLX SE dan Suprima Super Premium serta dilengkapi rim aloi dua tona rekaan baharu. 

Jika kita lihat di youtube, terdapat rakaman Exora ini pada waktu malam, dan dilihat lampu belakang seperti terdapat rekaan baru, jika dipadankan dengan gambar belakang Exora SP ini, ia jelas menunjukkan rekaan LED baru susunan huruf C terbalik.

Dengan penampilan Exora SP ini, ia menjadi satu pilihan kepada pembeli sepertimana jenama Nissan Grand Livina dan Livina X-Gear yang mahukan satu model kereta yang mesra keluarga tetapi masih mampu menzahirkan elemen keseronokan serta pengalaman cross-over.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ




Share this article :

+ comments + 18 comments

Tanpa Nama
9 Disember 2014 1:39 PTG

cukup menarik tp harap prestasi enjin dan gear sepadan dengan rekaan sp ini.

Tanpa Nama
9 Disember 2014 2:39 PTG

dah mcm crossover. bila lg nk kuar suv proton?

Tanpa Nama
9 Disember 2014 2:54 PTG

harap ada penambahbaikan bkn sekadar facelift sahaja.

Tanpa Nama
9 Disember 2014 2:55 PTG

boleh tahan..

Tanpa Nama
9 Disember 2014 3:50 PTG

back wheel ke?

Tanpa Nama
9 Disember 2014 4:56 PTG

nak ambik exora bold sekarang ke atau perlu tunggu yg ini? sbb sekarang tgh ada diskaun..

Tanpa Nama
9 Disember 2014 9:06 PTG

Gambar Preve facelift?

Tanpa Nama
10 Disember 2014 9:53 PTG

harap facelift rupa lebih segar!!!

Tanpa Nama
12 Disember 2014 4:46 PTG

memaNG color bodykit dia camtu ke admin?

Tanpa Nama
17 Disember 2014 4:24 PTG

tambah sunroof kat exora sp nih.

Tanpa Nama
18 Disember 2014 12:57 PTG

SP = super premium

Tanpa Nama
23 Disember 2014 8:34 PTG

harap bukan sekadar rupa luaran... dalam kena fresh juga...

Tanpa Nama
15 Januari 2015 1:25 PG

Luar dan dalam kena ada tarikan yg lebih umph...

Tanpa Nama
18 Januari 2015 1:04 PG

bila akan dilancarkan?

Tanpa Nama
20 Januari 2015 11:28 PG

ada ESC dan Side Airbag utk P & SP

Tanpa Nama
5 Februari 2015 3:29 PTG

Buruk giler..kete2 malaysiani cubala design yg elok sikit..harga mahal..buat simple,sempoi tp smart..kompom ramai org beli..tgk honda/toyota sempoi to cun..almera barupn pn cun..

1 April 2015 7:29 PTG

Hebat cantik dari Toyota inova lembut dari Toyota avanza handling sedap dari Honda stream pickup dari Toyota wish besar dari nissan livina Jimat Minyak dari Toyota Alphard senang parking dari estima

15 September 2016 8:29 PTG

Confuse plan nak beli exora ke alza..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger