Proton Anjur Program ‘Proton We-care Prihatin Banjir’


Proton Holdings Berhad (Proton) mempertingkatkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur dan bahagian Utara dengan mengaktifkan semula program ‘Proton We-care Prihatin Banjir’.
Melalui program yang ditawarkan, Proton berharap dapat menghulurkan lebih banyak bantuan bagi meringankan lagi bebanan tekanan kos yang ditanggung mangsa banjir dengan cara yang lebih berkesan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, “Pada mulanya kami menawarkan potongan 20 peratus ke atas semua kerja baik pulih kenderaan pemilik Proton yang terjejas akibat banjir. Namun, kami merasakan bantuan kepada mangsa banjir ini harus dipertingkatkan lagi. Justeru kami memutuskan untuk melaksanakan program ini dengan lebih berkesan di bawah tanggungjawab sosial korporat kami selepas memantau keadaan banjir yang semakin buruk.”

Melalui peningkatan yang dijalankan , pemilik kenderaan Proton akan menikmati potongan harga sehingga 30 peratus untuk alat ganti, manakala kos buruh untuk kerja baik pulih kereta tidak akan dikenakan untuk kenderaan yang terjejas akibat banjir.

Program yang dijalan selama lima bulan sehingga 15 Mac 2015 ini turut membabitkan pemeriksaan percuam, penilaian kerosakan dan bantuan penundaan dari tempat kejadian hingga ke cawangan pusat servis Proton terpilih.

Sehubungan itu, semua pemilik kenderaan Proton yang terlibat boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Proton di talian 1800888398 untuk pertanyaan atau maklumat lanjut.

Proton turut memberikan beberapa tips yang boleh diguna pakai untuk menguruskan kenderaan yang terjejas akibat banjir, iaitu:
  • Jangan hidupkan enjin kereta
  • Jangan gunakan alat kawalan jauh untuk membuka pintu. Sebaliknya lakukan secara manual
  • Pastika buka tau matikan terminal negative bateri kereta untuk menghentikan aliran arus elektrik di dalam kereta
  • Ketiga-tiga langkah di atas bertujuan untuk mengurangkan kerosakan kepada peralatan khususnya komponen elektrik dan mekanikal kenderaan
  • Jika diaplikasikan langkah-langkah yang dicadangkan, beberapa peralatan atau komponen masih dapat diselamatkan
  • Selepas mematikan arus elektrik kereta, keluarkan barangan berharga dari kereta, kunci pintu kereta secara manual dan dapatkan khidmat lori tunda yang diiktiraf sebelum menarik kereta anda ke Pusat Servis Proton pilihan
Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
2 Januari 2015 8:09 PTG

mohon dilanjutkan sampai bulan jun 2015

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger