Promosi Jualan Akhir Tahun PROTON


Proton Holdings Bhd (PROTON) mengakhiri tahun 2014 dengan menyediakan tawaran paling menarik sempena promosi khas Jualan Akhir Tahun termasuk penjimatan tunai sehingga RM5,000 bagi model Proton terpilih.

Kempen promosi yang diadakan di semua bilik pameran PROTON di seluruh negara turut menawarkan bakal pemilik kereta yang ingin memiliki model Saga, Persona, Satria Neo, Exora, Preve, Suprima S dan Inspira dengan servis percuma tiga tahun serta Internet mudah alih berkelajuan tinggi hingga 20 Megabit sesaat (Mbps) melalui rangkaian 4G Yes bagi model terpilih.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd, Norzahid Mohd Zahudi berkata, semua tawaran menarik itu bertujuan memberikan pelanggan satu penjimatan besar untuk semua model Proton.

“Bersempena dengan promosi khas ini, PROTON menawarkan penjimatan paling hebat untuk model terbaru kami iaitu Proton Iriz yang akan menikmati jaminan pengeluar sehingga lima tahun atau 150,000 kilometer (km), yang mana terdahulu.

“Jaminan pengeluar ini sekali gus membuktikan bahawa Iriz yang diiktiraf dengan penarafan 5-bintang oleh ASEAN NCAP dan dilengkapi ciri keselamatan tertinggi seperti Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) yang merangkumi Sistem Kekunci Brek (ABS) dengan Pengagihan Brek Elektronik (EBD), adalah kereta yang paling selamat dalam kategorinya dan dijual pada harga sangat kompetitif berbanding kereta kompak lain,” katanya dalam kenyataannya, semalam.

Bagi pemilik kereta Proton sedia ada yang mana keluarga terdekat mereka seperti ibu, bapa, suami, isteri dan anak-anak yang berhasrat memiliki kereta Proton baru, turut berpeluang menikmati diskaun istimewa iaitu sebanyak lima peratus dan servis percuma sehingga tiga tahun untuk semua kereta Proton menerusi kempen “My Proton Family Campaign”.

Semua promosi yang dinyatakan hanya sah untuk kenderaan berdaftar dengan PROTON pada atau sebelum 31 Disember 2014 sementara stok masih ada.
Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
18 Januari 2015 11:11 PTG

sekiranya ada sesiapa yang mengalami nasib seperti saya yang menenpah kereta proton preve pada 13 disember tetapi tidak mendapat kereta sehingga sekarang, sila kongsi

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger