Program Bantuan Banjir Dari Honda


Honda Malaysia menawarkan Program Bantuan Banjir untuk membantu pelanggan dan pemilik kenderaan Honda yang terjejas disebabkan banjir.

Potongan harga sehingga 50 peratus yang berkuat kuasa sehingga 31 Mac 2015 diberikan kepada semua alat ganti tulen Honda. Inisiatif yang diberikan ini adalah untuk membantu kenderaan yang terjejas akibat banjir teruk yang melanda sembilan negeri di Malaysia.

Pelanggan yang terlibat dinasihatkan untuk membawa bersama-sama laporan polis dan nota perlindungan insurans ke atas kenderaan yang rosak ke mana-mana pengedar Honda berdekatan untuk dinilai tahap kerosakan dan dibaiki setelah banjir surut.

Usaha yang ditawarkan Honda Malaysia ini adalah merupakan satu usaha kecil untuk membantu pelanggan mereka serta meringan beban membaiki kereta.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Program Bantuan Banjir ini boleh hubungi talian 1800882020.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger