PLUS Buka Laluan Kontra Di KM259.50 Hingga KM261.10 Mulai Isnin


Satu laluan kontra akan dibuka di KM259.50 hingga KM261.10 antara Seremban ke Port Dickson, Lebuhraya Utara Selatan bermula Isnin hingga Rabu ini.

Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) dalam kenyataan berkata laluan itu dibuka mulai 10 malam sehingga 5 pagi bagi membolehkan kerja pemasangan rasuk jambatan merentasi Sungai Linggi.

Sehubungan itu, PLUS menasihati semua pemandu yang menggunakan laluan itu supaya mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan pihaknya. - BERNAMA

Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger