Perodua Edar Bantuan RM40,000 Kepada Mangsa Banjir


Perodua dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengagihkan RM40,000 bekalan kecemasan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Kerjasama dengan MKN iaitu penyelaras bantuan bencana kebangsaan bermula sejak 19 Disember dengan Perodua menawarkan untuk membekalkan barang-barang yang diperlukan oleh mangsa banjir seperti beg tidur, makanan dan air minuman.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, “Sejak kerjasama awal yang dimulakan pada 19 Disember, kami telah mengedarkan barangan keperluan kecemasan kepada mangsa banjir di kawasan yang terjejas teruk di kedua-dua negeri di Kelantan dan Terengganu.”

Selain menawarkan kerja sukarelawan untuk membersihkan kawasan rumah yang rosak dan terjejas akibat banjir, Perodua turut mengadakan solat hajat dan doa selamat.

Perodua turut menawarkan bantuan kepada semua pemilik kenderaan Perodua yang terjejas disebabkan banjir, seperti penawaran perkhidmatan menunda, potongan harga 20 peratus ke atas alat ganti terpilih termasuk semua barang-barang elektronik, permaidani, kerusi kenderaan, memotong pintu dan baik pulih enjin gasketdan pemeriksaan bebas untuk menentukan jumlah kerosakan kenderaan.

Semua pemilik dan pelanggan kenderaan Perodua yang mengalami kerosakan semasa banjir digalakkan untuk menghubungi talian bebas tol Perodua di 1 800 88 6600 untuk mendapatkan bantuan dan pertanyaan lanjut.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger