Pengguna Memilih RON97 Selepas Penghapusan Subsidi


Ekoran perbezaan harga sebanyak 20 sen di antara RON97 dan RON95, pengguna kelihatan lebih ghairah beralih menggunakan minyak RON97 menyebabkan kebanyakan stesen minyak kehabisan bekalan petrol tersebut.

Penghapusan subsidi sepenuhnya ke atas RON95 di sam­ping kejatuhan harga minyak dunia menyebabkan RON97 yang sebelum ini dianggap sebagai ‘minyak kelas atasan’ mengalami penurunan harga ketara iaitu 29 sen seliter dalam tempoh tidak sampai dua minggu.

Menurut pandangan beberapa individu, RON97 lebih berkualiti, enjin lebih senyap serta lebih menjimatkan dengan isian penuh berbanding RON95. Jika trend ini berterusan, pihak stesen minyak harus membekalkan RON97 yang lebih buat masa ini.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger