Laluan Kontra Di LDP Untuk Arah Trafik Putrajaya / Shah Alam Ke Kelana Jaya


Melancarkan pergerakan trafik di lebuh raya dalam bandar merupakan cabaran yang besar buat LITRAK. Justeru, sebagai usaha yang berterusan untuk menambah-baik perkhidmatan kepada pengguna lebuh raya, pihak Syarikat akan memperkenalkan Skim Laluan Kontra yang akan dilaksanakan pada 8hb Disember 2014.

Berikutan kejayaan perlaksanaan beberapa skim trafik sebelum ini seperti Penyaluran Trafik Bandar Utama, Penyaluran Trafik Motorola ke Lebuhraya Persekutuan dan Penyaluran Trafik Puchong Jaya, LITRAK kini selangkah lagi ke hadapan iaitu dengan memperkenalkan sebuah lagi skim trafik baru untuk keselesaan pengguna lebuh raya dari arah Puchong/ Putrajaya/ Shah Alam menghala ke Kelana Jaya.

Skim Laluan Kontra ini bermula dari KM21.0 (berhadapan bank UOB dan HSBC), selepas IOI Mall, Puchong dan pengguna dinasihatkan untuk mengambil lorong paling kanan untuk memasuki Skim Laluan Kontra. Berikutan perlaksanaan Skim Laluan Kontra ini, pengguna LDP dari Puchong/ Putrajaya/ Shah Alam menghala ke Kelana Jaya tidak akan melalui trafik yang padat di antara Puchong Jaya dan Plaza Tol Petaling Jaya (3KM) pada waktu puncak sebelah pagi. Laluan keluar khas bagi Skim Laluan Kontra ini ialah di KM18.0 dan ianya hanyalah untuk kenderaan ringan. (kereta sahaja)

Bagi tujuan kefahaman kepada pengguna lebuh raya, LITRAK telah mengeluarkan kaedah-kaedah pemberitahuan seperti berikut pada 1 minggu sebelum ianya dilaksanakan:



[klik untuk besarkan imej]

[klik untuk besarkan imej]


Laluan Kontra ini, bertujuan untuk memperbaiki pegerakan trafik di LDP dari Putrajaya/ Shah Alam menghala ke Kelana Jaya yang merangkumi penutupan sepenuhnya Plaza A di arah bertentangan dari Sunway. Oleh kerana itu, pengguna lebuh raya dari Sunway ke Puchong/ KESAS dikendaki menggunakan Plaza B.   

Bercakap kepada wartawan sewaktu Sidang Akhbar untuk mengumumkan Skim Laluan Kontra, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LITRAK Sazally Saidi berkata usaha tersebut melibatkan persiapan yang rapi dan penggunaan tenaga kerja yang ramai di lokasi perlaksanaan.

"Kami telah melakukan penyelidikan terhadap skim ini sejak berbulan yang lalu dan pada asasnya laluan kontra ini dijangka berkesan. Kami berpendapat bahawa dengan adanya penambahan lorong untuk dari arah trafik Puchong Perdana /Putrajaya, pergerakan trafik di Puchong akan bertambah baik," beliau berkata.

Tambah beliau adalah sesuatu yang biasa bagi mana-mana skim trafik baru di mana akan terdapat sedikit kerumitan pada peringkat permulaan dan pengguna lebuh raya akan memerlukan beberapa hari untuk menyesuaikan diri dengan keadaan.

"Untuk skop yang lebih besar, kami juga bergantung kepada kewaspadaan pengguna lebuh raya agar mematuhi papan tanda penunjuk arah dan berada di lorong yang betul untuk ke destinasi agar perlaksanan skim trafik baru ini berfungsi sepenuhnya," ujar beliau.

Sazally berkata sistem trafik laluan kontra ini akan bermula pada 8 Disember (Isnin), 2014 dari 6.30 pagi hingga 9.30 pagi setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Am.

Pasukan Ronda Lebuhraya LITRAK akan berada di lokasi-lokasi strategik dan pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda di sepanjang laluan terlibat untuk kelancaran trafik.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Bantuan LDP di 03-7494 7333.

Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger