Kenderaan Yang Dijadikan Seperti Teksi Perlu Ikut Peraturan SPAD


Mana-mana kenderaan yang digunakan sebagai teksi yang mengumpul harga dari orang ramai mestilah mengikut undang-undang seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Awam 2010 walaupun ia adalah untuk tujuan amal.

Merujuk kepada 'Uber and Volkswagen Malaysia's Charity Drive' dengan artis di Lembah Klang hari ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan berkata, pemandu mesti mempunyai Lesen Perkhidmatan Awam yang diperlukan (PSV).

"Kenderaan juga hendaklah berdaftar dengan SPAD dengan perlindungan insurans yang betul bagi melindungi tambang penumpang membayar.

"SPAD mengalu-alukan niat murni daripada usaha amal ini, walau bagaimanapun semua pihak mesti mengesahkan dengan SPAD untuk menentukan kesahihan program tersebut, yang melibatkan mana-mana penggunaan pengangkutan awam darat," menurut kenyataan itu.

Hari “Uber Volkswagen Charity Drive with The Stars” dianjurkan oleh Volkswagen dan Uber, yang melibatkan selebriti tempatan sukarela untuk memandu dan memberikan penumpang pengalaman bersama bintang tanahair.

Jumlah derma yang dikutip oleh setiap pemandu selebriti kemudian akan dipadankan dengan kedua-dua Uber dan Volkswagen dan didermakan kepada badan amal yang dipilih mereka - membawa suntikan tambahan kegembiraan kepada mereka yang memerlukan sempena musim perayaan.

Selebriti yang terlibat dalam inisiatif termasuk Sazzy Falak, Ean Nasrun dan Jinnyboy, Afdlin Shauki, Joyce Wong, Yasmin Hani, Lisa Surihani, Dynas Mokhtar, Sheena Liam, Reshmonu, Phat Fabes, JJ - Red FM, Moots Shuvit dan Sarah Lian.

sumber berita BERNAMA | gambar The Rakyat Post
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger