Imej Suprima S Varian Standard Akhirnya Muncul!


Wajah sebenar Proton Suprima S Standard akhirnya muncul! Beberapa foto mula tersebar di media sosial sebelum ini. Suprima S Standard ini saya perolehi melalui rakan saya di facebook Suprima S Owner Club. Beberapa aksesori telah tiada berbanding model sedia ada seperti penutup enjin, lampu kabus, kotak utiliti, sistem navigasi, butang audio dan tingkap kuasa anti-perangkap.

Beberapa ciri keselamatan turut dikurangkan seperti ketiadaan ESC, TCS dan hanya dilengkapi dengan 2 beg udara. Lampu posisi hanya menggunakan mentol biasa (bukan LED) dan rim aloi yang sama dengan Preve. Selain itu, tiada ciri kemewahan pada sarung bangku, panel dashboard, B pilar, radio 2 din seperti Preve serta di bahagian door trim. 

Suprima S Standard telah dilancarkan pada 6 Disember 2014, harga ditawarkan RM69,438 (solid) dan RM69,888 (metallic) di mana RM6,900 lebih murah berbanding varian Executive (solid) dan RM6,800 (metallic). Ia bakal menyertai varian sedia ada iaitu executive, premium dan super premium. Dari segi luaran, sekilas pandang ia seperti tidak jauh beza dengan varian lain, ia mampu untuk dimiliki bagi pembeli yang baru bekerja terutama golongan belia yang inginkan gaya sporty dan hebat.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
















Share this article :

+ comments + 3 comments

Tanpa Nama
5 Disember 2014 1:03 PTG

low spec tak ketara sgt pada pandangan, 2 airbeg, masih ada sport rim preve. tetap terbaik.

Tanpa Nama
5 Disember 2014 1:06 PTG

kalau ikut gambar tu. byl yg kurang. harga patut rm60 ke bawah je. ape kata korang?

Tanpa Nama
5 Disember 2014 4:24 PTG

bertambah warga ss di jalan raya nanti :-)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger