Ford Perkenalkan Kuga Edisi Khas, Kini Sudah Boleh Didapati di Bilik-bilik Pameran


KUALA LUMPUR, Malaysia – Ford hari ini meningkatkan lagi tarikan terhadap model-model yang mendahului segmennya di Malaysia menerusi pengenalan  Ford Kuga Edisi Khas yang sudah sedia untuk beraksi.

Ford Kuga Edisi Khas ditawarkan dalam tempoh terhad hanya di bilik-bilik pameran Ford di seluruh negara pada harga RM168,888 seunit, di atas jalan termasuk insurans.

Ford Kuga Edisi Khas yang cukup bergaya ini didatangkan dengan pelbagai ciri tambahan yang nyata tiada tandingannya dalam segmen SUV, antaranya termasuklah:

Bumbung panoramik
Rim aloi bersaiz 19”
Tempat duduk dibalut kulit dan boleh dilaras secara elektrik
Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control)
Lampu ambien dengan LED pelbagai warna
Sistem Parkir Automatik
Sistem Collision Mitigation by Braking
Sistem Active Park Assist

Didatangkan dalam warna tersendiri iaitu hijau (Ginger Ale), Kuga sememangnya satu pilihan ideal buat pemandu urban yang mahukan prestasi dan teknologi. Ford Kuga Edisi Khas menawarkan penjimatan bahan api luar biasa kerana ia menggunakan enjin 1.6L EcoBoost yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 180PS dand tork 240Nm.

Dibina dengan tahap keselamatan yang mengagumkan, Kuga telah menerima penarafan lima bintang oleh pihak Euro NCAP selepas memperoleh skor perlindungan keseluruhan sebanyak 88 peratus, markah tertinggi setakat ini untuk sebuah SUV kompak.

Demi memberi ketenangan minda kepada para pelanggannya, Ford Kuga Edisi Khas hadir bersama Pelan Servis Lanjutan (ESP). ESP Ford adalah program penyelenggaraan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000km yang meliputi kos alat ganti dan buruh secara percuma.

Sebagai tambahan kepada pemeriksaan rutin dan servis penyelenggaraan, ESP Ford turut melibatkan penggantian percuma untuk sejumlah barangan terpilih seperti palam pencucuh, penyerap hentak, tali sawat enjin, pad brek dan bilah penggilap cermin.


Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.ford.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ








Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger