ETCM Tawar Bantuan Kepada Pemilik Nissan


Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dan Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) mengumumkan Kempen ‘Nissan Relief’ untuk pelanggan Nissan di kawasan yang dilanda banjir di seluruh negara.

Kempen yang bertujuan membantu pemilik kenderaan Nissan yang rosak akibat banjir yang melanda negeri-negeri di Malaysia terutamanya Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis dan Sabah.

Melalui Kempen Nissan Relief ini, pelanggan akan memperolehi potongan harga 25 peratus ke atas alat ganti tulen Nissan, potongan harga 25 peratus ke atas caj buruh, caj perkhidmatan menunda kenderaan percuma sehingga RM150 serta tiga (3) bulan atau jaminan 5,000 kilometer untuk caj buruh dan alat ganti tulen Nissan yang ditukar untuk kenderaan Nissan yang terjejas akibat banjir.

Menurut Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, “Sebagai sebuah syarikat yang pertumbuhannya bergantung kepada sokongan rakyat, ini adalah salah satu cara yang dapat ditawarkan untuk membantu meringankan beban pelanggan yang terlibat dengan banjir. Ia juga menjadi tanggungjawab kami untuk membantu mereka yang memerlukan.”

Kempen Nissan Relief ini berkuat kuasa serta merta sehingga 28 Februari 2015. Mangsa banjir diminta menghantar kenderaan Nissan yang terjejas ke pusat servis berdaftar yang berhampiran.
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, boleh hubungi talian Khidmat Pelanggan Nissan di 1800883838.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger