Aliran Trafik Kontra Waktu Malam Di Persiaran Surian Mulai Malam Ini

[klik untuk besarkan imej]

Satu aliran trafik kontra pada waktu malam akan dilaksanakan di Persiaran Surian di hadapan Sierra Damansara bermula malam ini sehingga 15 Februari depan.

MMC-Gamuda dalam kenyataan di sini, berkata penutupan laluan itu akan bermula dari 11 malam hingga 6 pagi untuk memudahkan kerja-kerja segmen dan pemasangan gantri.

"Semasa aliran kontra ini, pengguna jalan raya dari Persiaran Surian menghala ke Sungai Buloh akan dilencongkan ke laluan bertentangan dari Persiaran Surian/Persiaran Mahogani hingga persimpangan ke Jalan Camar. "Satu lorong akan disediakan untuk pengguna LDP dan Sungai Buloh," menurut kenyataan itu.

MMC-Gamuda menasihatkan pengguna jalan raya dan penduduk supaya membuat pusingan U di persimpangan Persiaran Surian ke Jalan Camar. Isyarat lalu lintas juga akan disediakan bagi membantu penduduk kondominium semasa aliran kontra itu.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger