RON 97 Turun 20 Sen


Harga petrol RON97 diturunkan 20 sen daripada RM2.75 seliter kepada RM2.55 seliter mulai tengah malam tadi, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad memaklumkan perkara berkenaan menerusi laman twitternya awal malam semalam dan bersertakan surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan mengenai perkara berkenaan.

Pada September lepas harga RON97 dinaikkan sebanyak 15 sen kepada RM2.75 seliter.

Harga RON97 memuncak pada RM3 seliter pada September tahun lepas.

Pada Oktober lalu, harga petrol RON95 dan diesel naik sebanyak 20 seliter dalam usaha kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi.

sumber Astro Awani


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger