Perdana Pasaran Awam Diperkenal Pada 2016


PROTON Holdings Bhd (Proton Holdings) dan Honda Motor Co, Ltd (Honda Motor) kini mengadakan beberapa siri perbincangan bagi meneroka peluang kerjasama dalam bidang peningkatan teknologi, pengenalan barisan produk baharu, perkongsian platform dan kemudahan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerjasama itu turut menandakan potensi kerjasama strategik jangka panjang, yang melibatkan lebih ramai jurutera Proton dan pembekal automatif tempatan serta merangkumi kerjasama teknikal yang lebih menyeluruh, bermatlamatkan kepuasan pelanggan.

"Selaras dengan hasrat Proton untuk menghasilkan model-model baharu yang berkualiti tinggi dan berteknologi terkini, siri perbincangan itu antara lain akan menyentuh program perkongsian model, yang merupakan kaedah yang dilaksanakan dalam industri automatif pada masa ini.

"Kaedah pembangunan model baharu ini dijangka dapat membantu Proton untuk menjimatkan pelaburan dan tempoh pembangunnya bagi sesebuah model baharu," katanya ketika menjawab soalan Dr Che Rosli Che Mat (BN-Hulu Langat) .

Che Rosli bertanyakan sama ada Proton akan bekerjasama dengan Honda sebagai rakan kongsi dalam mengeluarkan kereta model baharu memandangkan Proton Perdana merupakan 100 peratus Honda Accord.

Mustapa berkata Proton telah memulakan pengeluaran model Proton Perdana pada Januari 1995 dan menghentikannya pada 2010, antara lain disebabkan penggunaan teknologi lama yang sudah melebihi 30 tahun, tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan terkini, dan kesukaran untuk mendapatkan bekalan alat ganti kerana Jepun telah lama menghentikan pengeluaran model ini.

"Untuk memenuhi pasaran segmen D, Proton kini memperkenal model Proton Perdana baharu. Bagi fasa pertama (Disember 2013-2015), model Perdana ini diperkenalkan untuk kegunaan Kerajaan sahaja," katanya.

Bagi pasaran awam pula, Mustapa berkata model Perdana akan diperkenal pada 2016.

Beliau berkata perjanjian kerjasama antara Proton dan Honda dimeterai pada 29 Okt 2012, disusuli Perjanjian Khusus berkaitan model gantian Proton Perdana.

"Berdasarkan perjanjian ini, aktiviti-aktiviti pembangunan Proton Perdana baharu adalah berasaskan model Honda Accord," katanya.

Sehingga kini, Proton telah mengeluarkan 1,000 unit Proton Perdana bagi varian 2000cc dan 700 unit bagi varian 2400 cc. Varian 2400cc adalah untuk kegunaan Menteri, Kerajaan tempatan dan pegawai JUSA A ke atas.

Menjawab soalan tambahan Che Rosli sama ada Proton boleh mengekalkan harga rendah dan berpatutan, Mustapa berkata kerajaan tidak campur tangan dalam urusan harga memandangkan Proton merupakan syarikat automatif swasta yang dimiliki oleh DRB-HICOM.

Bagaimanapun, beliau berkata kementerian akan sentiasa memantau walaupun Proton mempunyai hak mutlak untuk menentukan harga pasaran.

Kepada soalan tambahan Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), Mustapa berkata Malaysia mempunyai jenama kereta buatan sendiri iaitu Proton Iriz, dengan enjin dicipta sendiri oleh rakyat Malaysia.

"Proton mengambil pendekatan bekerjasama dengan Honda kerana ini merupakan kaedah perniagaan yang murah. Sekiranya Proton ingin mereka bentuk atau membangun kereta sendiri mulai peringkat awal hingga akhir, ia akan melibatkan tidak kurang US$500 juta hingga US$2 bilion.

"Ini akan mengambil masa yang lama dan melibatkan kos yang tinggi. Jadi, adalah lebih murah untuk mengadaptasi teknologi dan kemudahan syarikat automatif antarabangsa seperti Honda," kata Mustapa.

-- BERNAMA
Share this article :

+ comments + 3 comments

4 Ogos 2015 11:45 PG

baguslah

4 Ogos 2015 11:49 PG

kita tunggu peluncurannya

21 Mei 2016 10:12 PG

Hola a todos soy feliz tan que da un vistazo a mi gran testimonio de como CONSEGUI bt préstamo deseo del Sr. José Luis quien es el maneger de José Luis préstamo Syarikat, quiero usar rápidamente esta oportunidad para dejar que todo el mundo SEPA de esto, Am D. Carlos Bulgheronic desde Buenos Aires Agentina, yo estaba en busca de un préstamo para iniciar bt propio negocio en apoyo de mi negocio de la Agricultura, los gastos, así que se puso en línea en busca de préstamo cuando me encontre con algunos prestamistas que hacen trampa y estafado a mi poco dinero en ese proceso del tiempo se confundió ii ni Siquiera sé qué más hacer, porque el poco dinero que tenia con mi fue llevado por esos bastardos fraudulentos que se hacen llamar los prestamistas de créditos sebenar, que así un día fiel como yo estaba Navegando yang Traves de la Internet en busca de trabajo saya encontre con algunos testimonios Comentarios en el foro de una D. Carlos, y la Señora María Lin en la forma en que reciben su préstamo de banco de la ciudad de la empresa e-mel: joseluisloans@gmail.com, así que me dije a mí mismo que Debo dar a esto un Juicio porque yo estaba tan asustado con respecto a lo que los otros prestamistas hicieron a mí, así que me fui por delante Tomé su Dirección de correo electrónico peribadi que se encontraba en esos Comentarios en el foro así que Entre en contacto con él para informarle de que yo estaba arbitrado a él por algunos clientes que recibieron su préstamo de su compañía, D. Carlos, y la Señora María lin por eso, cuando Oyo que estaba muy feliz por eso, por lo que mí que estoy en la compañía adecuada aseguró donde puedo recibir bt cantidad del préstamo deseo, dieron mí el formulario de solicitud de préstamo prestatario para presentar y Devolver, lo hice todo eso, dado que toda mi información necesaria acerca de mí, así que me dieron los Términos y condiciones de su compañía todo transcurrió dosa problemas, dosa perder tiempo, en ada menos de 24 horas que estaba informó que mi préstamo suma Valida de 9.000.000 de dólares ha sido registrado y aprobado por su junta de préstamo de fiduciario, así que en ese proceso del tiempo yo estaba tan feliz cuando me dijeron que debería enviarlos por la banca detalles, pero estaba poco escéptico de hacer por lo que le dije que tenemos Confianza y creo que para este prestamista llamado Sr. Abraham les di cuenta bancaria por lo que es sorprendente que recibo y alerta de mi banco que mi cuenta ha sido acreditado con la suma de 9.000.000 dólares por el Sr. José Luis. Así que con urgencia enviarle un correo electrónico que tengo recibir bt préstamo con éxito, por lo que mis queridos hermanos y hermanas por ahí Todavía en busca de compañía de préstamos genuina voy a avisarle que la amabilidad de ponerse en contacto con el Sr. José Luis con este mismo correo-e: joseluisloans@gmail.com y Yo sé que él también le ayudará con la cantidad del préstamo deseo bien, enviarlas por correo electrónico hoy en día y usted será feliz de haberlo hecho. D. Carlos Bulgheronic desde Buenos Aires Agentina

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger