Penambahbaikan Gear CVT Proton Iriz


Proton telah mengambil langkah drastik dengan memberi penambahbaikan pada Unit Kawalan Transmisi (TCU) untuk meningkatkan lagi prestasi CVT Proton Iriz. Secara tidak langsung memberikan respons kuasa pendikit yang lebih baik.

Ketua Pegawai Operasi Proton Edar, Daniel Tan, berkata bahawa perisian TCU ini telah pun diimplementasikan untuk semua model Iriz yang dihantar kepada para pelanggan. Beliau turut berkata, walau bagaimana pun, penambah baikan ini tidak melibatkan sebarang perubahan mekanikal.

Sebelum ini, ada kedengaran beberapa pendapat bahawa gear CVT Proton Iriz kurang memuaskan. Dengan kemaskini ini diharap ia mampu memberi respon positif dari pembeli.


Share this article :

+ comments + 1 comments

26 November 2014 10:34 PTG

Tcu iriz ni blh apply kt saga flx x?
Thegoldensentinel.blogspot.com

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger