Ops Khas Nombor Pendaftaran Ditangguh ?


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menangguhkan Operasi Khas (Ops Khas) penguatkuasaan terhadap nombor pendaftaran yang menyalahi spesifikasi sehingga tarikh baru kelak.

JPJ menurut surat pekeliling kepada Pengarah JPJ Negeri menjelaskan, penangguhan Ops Khas tersebut berkuatkuasa mulai hari ini.

"Walaubagaimanapun penguatkuasaan ke atas kesalahan penggunaan lampu HID (yang dipasang secara retofit) dan Strobe Light hendaklah diteruskan," kata kenyataan tersebut.

Surat pekeliling tersebut turut melarang dari mana-mana anggota dan pegawai JPJ dari mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung operasi berkenaan kepada pihak media.

"Sebarang kemusykilan berhubung arahan ini Ybhg Dato'/tuan bolehlah merujuk kepada Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat JPJ Putrajaya," menurut kenyataan itu lagi.

Walaubagaimanapun, saya belum menerima kenyataan sah dari pihak JPJ sendiri. Manalah tahu jika surat tersebut hanya edit dari pihak tidak bertanggungjawab.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
13 November 2014 10:37 PG

no plat kereta yg keluar kilang pun kena. kita mana tau.. tapi setakat ni kena warning je lah.

Tanpa Nama
13 November 2014 4:08 PTG

betul ke tangguh?

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger