Lapan jalan utama di Kuala Lumpur akan ditukar nama bermula Rabu


Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan pada Selasa , jalan-jalan tersebut, termasuklah Jalan Ipoh,  Jalan Khidmat Usaha dan Jalan Duta , yang dinamakan semula dengan mengambil nama Yang di-Pertuan Agong yang terdahulu.

Jalan Duta akan dikenali sebagai Jalan Tunku Abdul Halim manakala Jalan Khidmat Usaha akan ditukar nama kepada Jalan Sultan Haji Ahmad Shah.

Jalan Ipoh, yang menghubungkan Jalan Segambut ke Jalan Pahang, dinamakan sebagai Jalan Sultan Azlan Shah.

Jalan-jalan lain iaitu Persiaran Duta kini akan dirujuk sebagai Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin manakala Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah akan dikenali sebagai Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin.

Lebuhraya Mahameru ditukar namanya kepada Lebuhraya Sultan Iskandar, Persiaran Mahameru kepada Persiaran Tuanku Ja'afar dan Jalan Semarak kepada Jalan Sultan Yahya Petra.


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger