Jualan Proton Iriz Cecah 22,000 Unit



PROTON Edar Sdn Bhd (Proton Edar) menyasarkan jualan sebanyak 27,000 unit Proton Iriz bagi tempoh empat bulan hingga penghujung tahun ini sejak kereta berkenaan dilancarkan September lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norzahid Mohd Zahudi berkata, sehingga Jumaat lalu jualan kereta berkenaan sudah mencecah kira-kira 22,000 unit manakala model 1.6 CVT dan 1.3 CVT merupakan antara paling mendapat sambutan.

“Kita tidak jangka permintaan amat menggalakkan kerana Iriz baru dilancarkan. Ini menunjukkan persepsi pelanggan mula berubah dan percaya terhadap kejituan produk Proton serta berbaloi dengan nilai wang dibelanjakan,” katanya di Majlis Memperingati Pembukaan Outlet Proton Edar Kulis Auto Sdn Bhd di Pasir Gudang, semalam.

Selain itu katanya, Proton Edar menjangkakan pertambahan jualan sehingga 30 peratus bagi pasaran Johor berbanding 14 peratus tahun lalu dengan menyasarkan segmen pelanggan mengikut jenis produk dikeluarkan.

“Walaupun Proton tidak mempunyai kenderaan pacuan empat roda seperti ditawarkan jenama luar negara tetapi kita ada pelbagai produk dan akan luaskan pasaran mengikut segmen pelanggan” katanya.

Dalam pada itu, Norzahid berkata, Proton Edar turut merancang mentransformasikan outlet dan cawangan mereka di seluruh negara sebagai langkah mengoptimumkan perkhidmatan yang disediakan.

“Langkah ini bertujuan meningkatkan lagi keyakinan dan kesetiaan pelanggan terhadap Proton dengan menawarkan perkhidmatan terbaik kepada mereka termasuk menaiktarafkan bengkel servis di seluruh outlet,” katanya. - Sinar Harian
Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
24 November 2014 8:35 PTG

Proton iriz memang terbaik,idea ni tercetus dri Mahathir sendiri dan mungkin ini yg terakhir Mahathir bgi idea utk naikkan balik nama Proton,dri segi kualiti mmg ada improve dri model sebelum ni,contohnya body yg keras dpt dibuktikan melalui asean NCAP,keselamatan di naik taraf dan mempunyai ciri baharu seperti electric power steering,boleh memantul jika ada budak sentuh ketika kita memusing di selekoh dan gear lock yg tidak boleh ditolak oleh budak kecuali manual,kereta x boleh melompat atau berjalan ketika gear ditolak....

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger