JPJ Teruskan Operasi Lampu Strob, HID, Nombor Plat


Menurut Bernama, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meneruskan operasi bagi penguatkuasaan lampu HID dan lampu strob seperti yang ditetapkannya pada 1 November lepas.
    
Operasi nombor pendaftaran pula akan diteruskan dengan memberi fokus hanya terhadap pesalah yang melanggar undang-undang secara serius sahaja.

Operasi itu penting kerana maklumat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan kesalahan seperti melanggar had laju, melanggar lampu isyarat merah, penggunaan telefon sewaktu memandu dan lain-lain kesalahan memberi kesan kepada keselamatan pengguna jalan raya.

Kamera penguatkuasaan pada masa ini tidak mampu mengesan pesalah-pesalah yang menggunakan nombor pendaftaran yang tidak menepati spesifikasi.
Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
14 November 2014 10:10 PG

ape maksud kesalahan serius? x paham la..

Tanpa Nama
14 November 2014 12:34 PTG

kesalahan serius mcm nombor fancy. kalau nombor masih standard tp jarak x betul masih boleh dimaafkan, macam ni baru betul..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger