Ford Dedah Foto, Video Awal Ford Everest Serba Baharu


Ford hari ini mendedahkan beberapa keping foto dan satu video pendek sebagai prebiu awal mengenai kenderaan global terbaharunya, Ford Everest serba baharu. 

Ford akan memperkenalkan Ford Everest serba baharu dalam satu acara media di Beijing pada Khamis, 13 November 2014.

Lebih halus buatannya dan amat berkemampuan, Ford Everest serba baharu akan membolehkan perjalanan luar biasa dilakukan. Ia sememangnya dibina di atas warisan Ford yang terkenal sebagai pencipta dan peneraju dalam penghasilan kenderaan utiliti. 

Pembangunan Ford Everest serba baharu diketuai oleh pasukan pembangunan dan reka bentuk Ford Asia Pasifik di Australia dengan kerjasama rakan sepasukan di Asia Pasifik serta di seluruh dunia. 

“Kami tidak sabar untuk menunjukkan kepada dunia contoh terbaharu strategi produk global One Ford ini beraksi,” kata Naib Presiden, Pembangunan Produk Ford Asia Pasifik, Trevor Worthington. “Selepas lima tahun dan 4,500 jam bekerja melibatkan reka bentuk serta kerja-kerja pembangunannya, kami akan mendefisikan semula apa yang boleh para pelanggan harapkan daripada sebuah SUV.”

Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger