Akan Datang - Proton Iriz Di Ekspo Motor Antarabangsa Thailand 2014


Berita dari Ekspo Motor Antarabangsa Thailand 2014, dengan kehadiran produk dari Malaysia, Proton Iriz warna Hijau Citrus dengan pelekat 'coming soon' pada cermin tingkap, model paling terkini keluaran Proton untuk muncul di pasaran di negara itu. Model-model lain keluaran Proton yang dipamerkan ialah Preve, Suprima S dan Exora Bold.

Ini cukup untuk mengesahkan kehadiran model baru dalam B-segmen untuk pasaran Thailand, menggantikan Proton Savvy, di mana Savvy pernah dipilih oleh akhbar perniagaan The Nation sebagai salah satu daripada 10 kereta terkemuka di tahun 2008.

Adakah Proton Iriz dapat bersaing dalam pasaran yang sudah sangat kompetitif di kalangan Kereta Eco dipasang di dalam negara? Proton diedarkan oleh Phranakorn Auto Sales. Model yang dilancar sebelum ini di Thailand adalah Suprima S pada November tahun lepas bagi C-segmen berharga 805,000 baht (RM82,800).

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ



Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
28 November 2014 10:44 PTG

PROTON BOLEH JUAL 1000 UNIT SETAHUN DAH BAIK.PUSAT JUALAN PROTON BETUL KE BERADA DISELURUH THAILAND JUGA MEMAIN PERANAN PENTING

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger