Rishalaini A/P Alagapan Pemenang Peraduan “Nama Siapa Hebat”


Iriz yang dipilih sebagai nama rasmi model kompak terbaru Proton membawa tuah kepada gadis berusia 20 tahun, Rishalaini A/P Alagapan yang juga merupakan pelajar sebuah kolej swasta di Nilai. Rishalaini akan membawa pulang sebuah Proton Iriz 1.6 CVT Premium. Sejumlah 44,650 penyertaan telah diterima , 92% melalui dalam talian manakala 8% melalui pos. Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Abdul Harith Abdullah dalam satu majlis ringkas pagi tadi sempena hari terbuka “Alami Proton” yang berlangsung hari ini dan esok.

Iriz diinspirasikan dari perkataan Iris yang merupakan lapisan nipis berbentuk bulat daripada struktur mata yang mengawal jumlah cahaya sampai ke retina. Ia turut melambangkan pandangan jauh ke hadapan dan menetapkan satu piawaian tinggi dalam keselamatan untuk kereta penumpang di Malaysia. Abjad “Z” yang digunakan untuk menggantikan “S” bermaksud Proton telah meletakkan semua elemen pada kedudukan yang betul mengikut susunan bermula dari A hingga Z.

Ia secara tidak langsung membawa maksud kejayaan dalam melengkap projek tersebut yang merupakan permulaan kepada komitmen Proton untuk memberikan standard yang tinggi dalam kualiti, keselamatan, keseronokan memandu dan selesa. “Z” juga menjadikan sebutannya lebih segar dan ceria. Ia secara tidak langsung melengkapi tagline kempen promosi Proton Iriz, “Betul-betul Onz”!

Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger