Proton Lantik Pengurusan Baharu


Proton Holdings Berhad (PROTON) mengumumkan perlantikan ahli pengurusan baharu di Proton dan Proton Edar Sdn Bhd (PESB).

Memiliki 29 tahun pengalaman bekerja di syarikat multinasional bersama 23 tahun sebagai eksekutif atasan, Andreaz Prinz yang mula menyertai Proton pada 24 Julai sebagai Pengarah Jualan Antarabangsa kini memegang tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Operasi Komersil.

Bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif PESB diberikan kepada Norzahid Mohd Zahudi berkuatkuasa 1 Oktober 2014. Beliau yang memiliki pengalaman 32 tahun dalam bidang perundingan, kewangan dan automotif serta pembinaan jenama merupakan pemegang MBA dalam jurusan Pengurusan Strategik dari Swiss Management Forum St. Gallen, Switzerland.

Dengan 26 tahun pengalaman dalam pelbagai industri termasuk 10 tahun dalam bidang jualan automotif, Daniel Tan Soo Liang dipilih untuk memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi PESB berkuatkuasa 1 Oktober 2014.

Bersama dengan perlantikan ahli pengurusan baharu, Proton turut memaklumkan Azmi Idris, yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif PESB kini mengambil alih peranan sebagai Pengarah Kualiti.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger