Proton Iriz Active


Proton telah memberikan satu kejutan dengan memperkenalkan Iriz ACTIVE, sebuah prototaip crossover yang telah dilancarkan oleh Pengerusi Proton, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad sempena Hari Terbuka “Alami Proton”. Iriz ACTIVE merupakan crossover bandar kompak yang dilengkapi pelbagai teknologi canggih dalam rekabentuk yang versatil. Ini secara tidak langsung menambahkan lagi variasi model Iriz yang sememangnya direka untuk gaya hidup yang dinamik.

Proton Design telah membangunkan elemen rekaan baharu, perincian dan kemasan yang unik untuk Iriz ACTIVE. Dengan pelapik badan, rak bumbung dan ground clearance yang tinggi, ia membuatkan model ini amat mengujakan. Rekaan lampu nyalaan siang, lampu signal dan kombinasi lampu belakang menampilkan teknologi terbaru illuminasi yang dinamakan Nexlide.

Grafik badan Cool Clear dengan kombinasi warna badan Earth Grey dan Oren metalik menambahkan lagi kecanggihan model ini. Ruang dalaman pula terutama sekali dibahagian tengah papan pemuka didominasi oleh paparan skrin sesentuh LCD berdefinasi tinggi. Panel meter turut menggunakan paparan skrin digital. Tempat duduk dan kemasan pintu diberikan sentuhan grafik untuk menjadikannya dinamik dan mewah.

Antara teknologi yang diadaptasikan pada model Iriz ACTIVE adalah ADAS (Autonomous Emergency Braking System), Nexlide, Digital Overhead Console, Integrated Air Purifier, paparan meter dan konsol tengah LCD  dan pengecas tanpa wayar.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ















Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger