Perodua Serah Kumpulan Pertama Kereta Axia Kepada Sekolah Memandu


Pengeluar kereta tempatan Perodua menyerahkan kumpulan pertama 11 kereta Axia kepada Arinah Holdings (M) Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada 22 kenderaan yang akan diserahkan kepada syarikat sekolah memandu dari Terengganu itu tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata mereka juga sedang berbincang untuk menukar kumpulan kenderaan Arinah Holdings kepada Perodua Axia tahun depan.

"Perodua menerima banyak permintaan daripada syarikat seperti sekolah memandu untuk membeli varian Perodua Axia Standard E bagi kegunaan operasi mereka selain permintaan daripada pengguna persendirian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Standard E merupakan varian peringkat entri.

Aminar Rashid berkata Perodua menerima lebih 33,000 tempahan bagi Axis sejak 15 Ogos dan telah menyerahkan hampir 7,000 unit sejak dilancarkan pada 15 Sept.

Axia merupakan model ke-10 Perodua dan kenderaan cekap tenaga pertama negara dengan keupayaan mencapai penggunaan bahan api sehingga 21.6km seliter.- BERNAMA



Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger