Dalam temu bual yang dijalankan oleh caranddriver.com, Ketua Pegawai Eksekutif Lotus Jean-Marc Gales telah menyatakan bahawa syarikat itu dijangka mengembangkan rangkaian model termasuk sedan dan crossover. Berhubung dengan itu, Lotus akan hasilkan kenderaan enjin hadapan.
Dengan Proton sebagai syarikat induk Lotus, ia cukup jelas mengenai perkongsian teknologi. Menurut Gales, jika dilihat kepada empat hingga enam tahun pada masa akan datang maka rakan kongsi Lotus adalah Proton. Proton mempunyai sejumlah pengeluaran dan bahagian modul yang boleh digunakan untuk model masa depan.
Mengulas lanjut mengenai perkembangan kemungkinan pelbagai model Lotus, Gales telah mengesahkan bahawa syarikat itu berhasrat untuk membina jenis kereta berbeza, selain model terasnya.
Buat masa ini, tidak ada perkataan rasmi, Gales kini memberi keutamaan untuk masa depan syarikat dengan rancangan jangka pendek dan panjang yang perlu melihat syarikat itu berkembang dari segi kewangan pada masa akan datang.
+ comments + 2 comments
crossover suv proton boleh guna enjin petronas eo1.
dulu kat china kan lotus dah buat satu suv guna gen2 platform, kenapa tak diproduction?
Catat Ulasan