Jualan Kenderaan Pada September Susut Kepada 47,771 Unit


Jangkaan ke atas pelancaran Perodua Axia dan Proton Iriz, menjejaskan tempahan ke atas model lain, menjejaskan jualan kenderaan pada September kepada 47,771 unit berbanding 54,945 unit pada bulan yang sama tahun lepas.

Persatuan Automobil Malaysia (MAA) berkata kedua-dua segmen penumpang dan komersil mencatat jualan yang lebih rendah pada September dengan jumlah kenderaan penumpang turun kepada 41,397 unit berbanding 48,411 unit pada bulan yang sama tahun lepas manakala jumlah kenderaan komersil susut kepada 6,374 unit berbanding 6,534 unit sebelumnya.

Sejak Januari hingga kini, MAA berkata jumlah jualan industri sebanyak 4,335 unit atau satu peratus lebih tinggi kepada 492,305 unit berbanding 487,970 unit dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Keluaran kenderaan komersil dan penumpang bulan lepas berkurangan kepada 49,479 unit berbanding 54,017 unit yang direkodkan pada September tahun lepas, kata MAA.

Keluaran bagi segmen kenderaan penumpang dan komersil berkurangan pada September dengan kenderaan penumpang menyaksikan penurunan kepada 45,620 unit berbanding 48,932 unit pada bulan yang sama tahun lepas manakala jumlah keluaran kenderaan komersil susut kepada 3,859 unit berbanding 5,085 unit sebelumnya.

Mengenai unjuran, MAA berkata jumlah jualan bagi Oktober dijangkakan lebih baik daripada Ogos berdasarkan penyerahan Perodua Axia dan Proton Iriz walaupun pengguna dijangkakan terus berhadapan dengan syarat pinjaman yang ketat. - BERNAMA
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger