Ford Global Week of Caring 27th & 28th September 2014


Ford Global Week of Caring merupakan satu acara tahunan penting dalam meningkatkan semangat sukarelawan dalam kalangan kakitangan, pesara dan pengedar Ford – dikenali sebagai ‘Ford Volunteer Corps’ – yang aktif sepanjang tahun demi menghasilkan perubahan positif di kawasan kejiranan dan komuniti di mana syarikat menjalankan perniagaan.  

Hadir untuk Ford Global Week of Caring ialah Veemala Rethinasamy, Pengarah Pemasaran dan Jualan, Ford Motor Company, Malaysia, (baris ketiga, kelima dari kiri) dan Frankie Ng Keh Teng, Pengurus Operasi Pengedar Ford Motor Company, Malaysia, Divisyen Khidmat Pelanggan (baris ketiga, keempat dari kiri)

Menyertai pengedar tempatan Sime Darby Auto Connexion (SDAC) yang diketuai oleh Pengarah Urusan SDAC, Lee Eu San, SDAC (baris ketiga, ketujuh dari kiri) dan Ketua Selepas Jualan SDAC, Thanaseelan A. Arumugam (baris keempat, kedua dari kanan), kakitangan-kakitangan Ford mengedarkan 250 kotak makanan yang mengandungi keperluan harian kepada keluarga-keluarga yang memerlukan di Lembah Klang. 

Mereka juga mengedarkan 150 pek makanan berkhasiat kepada golongan gelandangan dengan kerjasama pihak Grace Community Service. Aktiviti-aktiviti ini adalah sebahagian daripada acara tahunan Ford Global Week of Caring kali kesembilan.  

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ




Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger