Fernandes jual pasukan GP2 Caterham Racing


Jutawan penerbangan Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes menjual pasukan GP2 miliknya kepada ahli perniagaan Kanada, Teddy Yip hanya beberapa bulan selepas menjual pasukan Formula Satu (F1) Caterham.

Penjualan itu menyaksikan Caterham Racing, yang beraksi dalam perlumbaan sampingan F1 itu meninggalkan pangkalan pasukan Caterham F1 di tengah England ke Silverstone dan diberikan nama baru, musim depan.

Yip, adalah pemilik kepada pasukan Status Grand Prix yang beraksi dalam perlumbaan GP3.

"Kami sentiasa memiliki keinginan untuk melangkah ke depan dalam sukan permotoran apabila masanya tepat," kata Yip.

"Peluang untuk mengambil alih pasukan GP2 yang sudah kukuh dan amat terkenal seperti Caterham Racing dan ditambah dengan perlumbaan GP3 yang kuat membuatkan kami berfikir inilah masanya," katanya dalam satu kenyataan.

Mendiang bapa Yip adalah ahli perniagaan Indonesia yang menjadi pencetus kepada perlumbaan F3 grand Prix Macau dan pemilik kepada pasukan Theodore F1 yang beraksi pada lewat 1970-an dan awal 1980-an.

Fernandes menjual pasukan F1 Caterham pada Julai lalu kepada pelabur konsortium namun mengekalkan pasukan GP2 yang beroperasi di kilang yang sama. - Reuters
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger