Bajet 2015 Berkaitan Automotif


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengesahkan dalam Bajet 2015 bahawa RON 95, diesel dan LPG akan dikecualikan daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuat kuasa pada bulan April 2015. 

Dengan pengumuman ini, RON 95, diesel dan LPG akan kekal pada harga semasa mereka (RM2.30, RM2.20 perliter dan RM1.90 bagi per  kg), sekurang-kurangnya sehingga semakan harga bahan api yang seterusnya. Tidak menghairankan, RON 97 tidak disebutkan, jadi ia selamat untuk menganggap bahawa bahan api premium yang tidak terkawal akan tertakluk kepada GST 6% bermula April tahun hadapan.

Bagi tentang pelan rasionalisasi subsidi petrol, diesel dan LPG, Najib Razak menyebut bahawa ia akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, dengan kerajaan akan mengumumkan secara rasmin mekanisme dalam masa terdekat.

Selain itu, Perdana Menteri mengumkan dana sebanyak RM70 juta di bawah SME Bank untuk mengeluarkan kenderaan elektrik. Sasaran awal pengeluaran 50 bas elektrik.

Projek-projek lebuh raya baru turut diumumkan iaitu membina Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang sepanjang 59 kilometer dengan kos RM5.3 bilion, Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting sepanjang 276 kilometer dengan kos RM5 bilion dan Lebuh Raya Damansara-Shah Alam sepanjang 47 kilometer dengan kos RM4.2 bilion.

Lebuh Raya Lingkaran Kuala Lumpur- Hubungan Timur sepanjang 36 kilometer (RM1.6 bilion), menaik taraf landasan keretapi Pantai Timur melibatkan jajaran Gemas-Mentakab, Jerantut-Sungai Yu dan Gua Musang-Tumpat (RM150 juta).

Turut disebut adalah pembinaan MRT jajaran kedua sepanjang 56 kilometer dari Selayang ke Putrajaya (RM23 bilion) manakala projek LRT3 menghubungkan Bandar Utama sehingga Shah Alam dan Klang (RM 9 bilion).
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger