SPYSHOT : PROTON IRIZ - INTERIOR DAN EXTERIOR


beberapa imej yang lebih menarik berbanding imej rasmi yang dikeluarkan beberapa hari lalu berjaya didedahkan oleh funtasticko. Kini lengkap sudah bahagian hadapan dan belakang exterior, begitu juga bahagian dashboard yang cukup tidak mengecewakan. Hasil rekaan yang sangat berkualiti pada model Iriz kali ini sangat berbeza dengan model-model lain keluaran Proton.

Berdasarkan imej interior di bawah, beberapa ciri menarik dapat diketahui. Skrin sesentuh yang kemas dan mudah, sambungan Bluetooth dan USB, WiFi hotspot, Navigasi satelit tanpa internet, Kamera undur dengan kotak panduan, Interior serba hitam yang kelihatan eksklusif, butang start/stop enjin, Vehicle Dynamic Control, Enam airbags (dua di hadapan, sisi , “langsir”).

Seperti Proton Suprima S sebelum ini, Proton Iriz juga telah mendapat menarafan 5 bintang dalam ujian Asean NCAP dan ANCAP (Australia). Enjin VVT (Variable Valve Timing) baru Proton ini boleh didapati dalam saiz 1.3L dan juga 1.6L, menggantikan keluarga enjin Campro yang sudah sekian lama. VDC Proton merangkumi ABS, EBD, TCS, ESH, HBA dan HHA.

Kotak gear transmisi Manual 5 kelajuan MT+ atau Automatik CTV2+ , Smart Alternator – Sistem pengecasan Alternator pintar berupaya mengawal output alternator untuk memastikan bateri sedang dicas dengan cekap dan hanya apabila diperlukan, mengurangkan emisi dan meningkatkan prestasi.

Proton Iriz dijangka akan dilancarkan pada bulan ini, di mana Perodua Axia dilancarkan pada 15hb September. Adakah tarikh pelancaran adalah sama? sama-sama kita nantikan info terkini tidak lama lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ



Share this article :

+ comments + 5 comments

Tanpa Nama
5 September 2014 12:08 PTG

rekaan ada dna proton emas dan lotus ethios. gabungan yg sgt menarik

Tanpa Nama
5 September 2014 2:02 PTG

kalau bulan ni wa sanggup tunggu la. kalau bulan depan wa ambik lain dah..

Tanpa Nama
5 September 2014 2:09 PTG

dashboard camni yg kita semua tunggu. canggih dan bermutu.

Tanpa Nama
5 September 2014 2:20 PTG

ruang pintu bonet kosong untuk beri lebih ruang pd bonet belakang. simple dan kau memang debom!

Tanpa Nama
5 September 2014 4:03 PTG

kasi la lampu brek kat diffuser mcm suprima

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger